Pastinya ramai yang dah mahir dalam aspek pembinaan blog sendiri kan.
Tetapi adalah lebih baik jika kita dapat menambahkan skil tentang
cara membuat Blogspot supaya kelihatan lebih
cantik dan menarik. Tanpa perlu pandai Coding, Script ataupun Grafik.
Ini penting bagi menarik minat pelawat anda agar selalu berkunjung ke blog anda. Anda boleh hias atau menggubah mengikut kesesuaian dan citarasa anda sendiri.
Sebelum itu, buat anda yang baru nak berjinak dalam membina blog sendiri, Saya ada menyediakan serba sedikit panduannya disini:
CARA MEMBUAT BLOG SENDIRI MENGGUNAKAN PALTFORM PERCUMA BLOGSPOT
p/s - panduan ini agak ringkas dan mudah untuk difahami. Ikut jer step nya!
Bagaimana Mengubah Template Blogspot Agar Lebih Cantik Dan Menarik Dengan Mudah
Perkara asas dan pertama yang perlu anda fahami adalah berkenaan:
- Fungsi yang disediakan
- Cara guna yang betul
Ini perlu supaya anda faham dan tahu cara nak betulkan semula jika berlaku sebarang kesilapan semasa mengedit template tersebut.
Tapi jangan bimbang, senangjer nak betulkan nanti.
Langkah 1: Backup template sebelum edit
Penting : Pastikan Anda Membuat Back-Up Dahulu Sebelum Membuat Sebarang Perubahan!
Caranya:
- Klik - THEME
- Klik - BACKUP/ RESTORE (penjuru atas kanan)
- Klik - Download (Sila 'SAVE' dan berikan nama template anda)
Langkah 2: Edit template
Berikut adalah beberapa langkah atau cara yang perlu anda lakukan jika ingin menjadikan template blog tersebut nampak kemas, cantik dan mengikut citarasa yang anda inginkan.
Cara Edit nya begini:
- #1. Customize: Klik fungsi customize untuk pilih atau ubah design template anda.
- #2. Background: Fungsinya adalah untuk buang atau tukar latar belakang blog. Anda boleh memuat naik background pilihan anda sendiri jika mahu dan rasa ianya lebih menarik.
- #3. Advance: Fungsi ini adalah untuk mengedit warna, saiz tulisan. Anda juga boleh pilih Font atau jenis tulisan yang anda fikirkan sesuai. Tapi jangan over sangat. Nanti pening pelawat nak baca sebab banyak sangat color nya.
Selepas setiap perkara yang anda ubah, anda boleh tekan butang "PREVIEW" terlebih dahulu untuk melihat hasilnya.
Jika anda sudah berpuas hati, klik butang "PERMOHONAN UNTUK BLOG", dan templat Blogspot secara automatik akan menjadi penonton blog anda.
Langkah 3: Muat turun Templat Percuma
Terdapat banyak templat yang menarik dan percuma untuk memuat turun dan menggunakan.
Hanya melakukan carian Google.
Anda hanya perlu tahu cara memasang dan mengkonfigurasi templat.
Jika anda fikir anda boleh melakukannya sekarang. Atau ...
Tunggu artikel seterusnya mengenai "Cara memasang templat percuma"!
KESIMPULAN
Anda tidak perlu risau tentang membuat perubahan sekiranya anda mempunyai sandaran terlebih dahulu.
Anda boleh membuat percubaan dan kesilapan sehingga anda berpuas hati.
Yang penting adalah percuma, dan anda tidak akan dikenakan bayaran.
Tetapi berhati-hatilah hanya kerana anda mempunyai banyak artikel, jangan lakukan apa-apa yang dilarang Blogger.