sebuah gambar bibir wanita yang berwarna merah lagi menggoda
Genap sebulan sudah.

Sunyi sepi seketika blog Seni Bina Blog, bagaikan pekan berhantu.

Ke mana menghilangkanya Danial? Saya ada, cuma sibuk mengurus projek blog (Sibuk-lah sangat).

Kembali kepada cerita asal, formula R.P.P.

Tetapi, apa itu R.P.P:
  • {R}ingkas
  • {P}adat
  • {P}ekat

Ringkas

Bila menulis, menulis menggunakan perkataan dan ayat yang seringkas mungkin.

Kenapa?

Sebab lagi ringkas, lagi persuasif. Lagi persuasif lagi disukai pembaca. Lagi disukai pembaca, lagi disayangi Google.

Bagaimana mahu menulis dengan ringkas?

  • Setiap ayat maksima 12 perkataan. Andai ayatnya panjang, potong menjadi pendek dengan menggunakan: koma (,) atau titik (.).
  • Boleh mula menulis dengan kata hubung. Contoh: Atau ia lebih menggoda dan seksi. Yang ringkas lebih baik daripada yang berjela-jela.
  • Sentiasa guna ayat aktif. Sebab ia membuatkan penulisan kita hidup. Seperti penulis sedang bercakap dengan pembaca. Awak-saya.

Padat

Tulis poin sahaja. Biar kurang asal padat. Andai terlebih jadi 'membazir'.

Bagaimana mahu menulis dengan padat?

Bayangkan, sebuah kereta Kancil warna pink! Dalamnya ada 5 penumpang, satu pemandu. Padat atau tidak? ;)

Sama juga dalam penulisan, buat ia jadi sepadat mungkin. Semampat mungkin.

Tips menulis dengan padat:

  • Kurangkan penggunaan penanda wacana: Selain itu, walaupun begitu dan sebagainya.
  • Kurangkan penggunaan perkataan: Tetapi, namun dan sebenarnya.
  • Kurangkan penggunaan perkataan imbuhan: -nya, -pun dan -lah.

Pekat

Bayangkan 2 gadis jelitawan sedang berjalan ke arah anda.

Yang kiri, pakai skirt merah bawah lutut. Dan bajunya kemas.

Yang kanan, pakai skirt merah atas lutut. Dan bajunya sendat sesampaikan nampak 'pekat' hartanya.

Secara semula jadi, yang mana lebih menarik perhatian anda? Sudah tentunya gadis yang kanan.

Jadi, bagaimana mahu membuat penulisan kita pekat?

  • Guna saiz font yang besar. 14px - 16px. Kurang daripada 14px, tidak menggoda.
  • Potong perenggan yang panjang, jadikan ia pendek. 3 baris untuk setiap perenggan. Atau 2 - 4 ayat untuk setiap perenggan.
  • Yakin apabila menulis. Tiada lagi: "Saya fikir", "Saya rasa" dan "Kalau boleh".

Bila penulisan kita 'pekat', baru ia seksi lagi menggoda pembaca untuk membacanya.

Daripada Penulisan yang Kacak Lagi Menggoda

Sambung balik cerita saya...

Dalam bulan 6, 2 projek blog saya buat:

Projek Luharro senang dan seronok. Edit sana-sini guna firebug. Optimasi blog supaya Mesra SEO Disayangi Google. Dan paling seronok ialah design tajuk blog yang menggiurkan.

Yang Gempaq Giler juga seronok. Kerja saya: optimasi blog jadi Mesra SEO Disayangi Google dan banyak lagi.

Bulan 7 lain pula ceritanya:
  • Projek #6 KeZoom: Projek kedua terbesar selepas Projek SSSL. Dan kali ini saya bersemangat design blog KeZooM.

Alhamdulillah, selepas satu projek blog siap. Semakin lama semakin ramai yang upah saya servis blog blogspot. Pelik, sebab sebelum ini tidak pula ramai yang tahu saya buat servis blogspot.

Saya percaya ini disebabkan kesan selepas baca eBook Sistem Menjemput Rezeki dan amalkan tipsnya. Tambahan lagi, saya ada share post di Facebook.

Dan, perkara terakhir saya nak pesan: Kongsikan formula R.P.P ini kepada seorang Blogger lelaki kacak sahaja. (Kalau formula ini bergunalah. Hoho)

Saya doakan saudara serta keluarga kaya, berjaya dan bahagia selalu ^_^

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Translate

Popular Posts