• September 30, 2012
  • MR.L.A
Alternatif Untuk Mediafire

~ Assalamualaikum WBT dan selamat sejantera kepada tetamu yang dihormati ~

Kenapa yang terhebat kenapa tak terbaik. Cuba kita lihat hebat dan baik, mana lagi kita suka. Kita suka orang yang baik ke hebat? Mestilah yang hebat kan? Tapi hebat tak semestinya baik dan baik tak semestinya hebat. Sebelum ini saya pernah post tentang file hosting yang terbaik, yang pertama dan kedua. Tapi kali ini, saya kembali dengan hebat dan membawa file hosting yang lebih hebat lagi iaitu dua yang hosting yang menjadi pilihan saya(tak tau kalau anda suka ke tak) ialah:

Tapi sebelum itu baca: Tips dan Tutorial mengelakkan file and dicekop

180Upload VS BillionUploads

Siapakah dia antara file hosting tersebut yang akan terpilih untuk menjadi file hosting yang terhebat pada masa kini(2012). Kedua-dua file hosting tersebut telah menarik perhatian saya yang amat mendalam kerana selama ini saya men"download" menggunakan kedua-dua file hosting tersebut, file tidak pernah ter"delete". Sedikit sebanyak saya telah mengkaji sedikit tentang file hosting tersebut. Mari kita lihat kajian saya.

Sebelum itu mari kita undi(poll) dibawah :D

180Upload.com

www.180Upload.com

Pertama kali saya lihat file hosting ini ialah di Forum Doridro(asik2 doridro...yang dulu pon dari doridro).
Sebelum itu kalian boleh lihat demo file yang saya cari di Google: 180upload.com/uqyrmivu4shk

Sememangnya file hosting ini hebat dengan ciri-ciri tersendiri iaitu:

Free User:
  • Upload file up to 2000 MB (2 GB)
  • Remote Upload
  • No download captcha
  • No download delay
  • Unlimited download

Registered User:
  • Video streaming
  • Upload file up to 4000 MB (4 GB)
  • Remote Upload
  • Get paid for upload
  • Storate? No info
  • No download captcha
  • No download delay
  • Unlimited download

BillionUploads.com

BillionUploads.com

Sama juga seperti 180Upload. Tetapi storage BillionUploads ini agak kecil iaitu(rujuk di bawah).
Demo File: http://billionuploads.com/im3xh9ltq5ca

Free User:
  • Upload file up to 2048 MB (2 GB)
  • Remote Upload
  • No download captcha
  • No download delay
  • Unlimited download

Registered User:
  • Video streaming(DivX)
  • Upload file up to 2048 MB (2 GB)
  • Remote Upload
  • Get paid for upload
  • Storage 307200 MB (300 GB)
  • No download captcha
  • No download delay
  • Unlimited download

Kalian sudah mengetahui mana file hosting yang lebih hebat dan mana filehosting yang boleh menjadi harapan anda. Kedua-dua file hosting ini saya harap tidaklah seperti file hosting yang lain. Mula-mula hebat dan akhir sekali...(you know it). Akhirnya reviews saya mengenai file hosting sudah tamat.

Kesimpulannya

Walaubagaimanapun kita tidak boleh berharap 100% kepada file hosting tersebut. Mungkin bagus untuk masa sekarang tetapi kita tidak tahu jaminan file kita pada masa akan datang. Kalau file hosting di atas makin hari makin popular, nasib mereka samalah seperti Mediafire(DMCA).

Maka berakhirlah kajian saya ^_^


Sumber/Rujukan >> Google, BillionUploads, Doridro, 180Upload

  • September 26, 2012
  • MR.L.A
Alternatif Terbaik Untuk Mediafire - Bahagian 2

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera kepada pembaca yang dihortmati :). Pertama, saya ingin mengucap Alhamdulillah kerana Blog saya telah mencapai alexa rank ke 2 juta. Walaupun masih jauh lagi ranking saya dengan blog yang lain, saya akan tetap mencuba yang terbaik untuk blog saya. Ok, Post kali ini lebih menarik dan tertarik untuk dibaca kerana file hosting kali ini lebih hebat daripada jangkaan saya. Saya amat terima kasih kepada forum Doridro kerananya saya boleh kongsikan 2 lagi file hosting alternatif untuk Mediafire. Sebelum saya menulis ayat selanjutnya, saya amat berbesar hati jika pembaca boleh meluangkan masa untuk melihat artikel saya yang lain:

Artikel Terkati:

Maka bermulah cerita saya untuk file hosting yang baru ini :)

UPMOREFILES

UploadMoreFiles - Free File Hosting Like Mediafire
Upmorefiles.com saya terjumpa semasa saya browse dalam Group Sedut Software Sampai Lebam(SSSL). Upmorefiles lebih kurang seperti mediafire.



InfoGraphic

UpMoreFiles

Antara ciri-ciri UpMoreFiles ialah:

Untuk Anonymous(free user):
- Upload files up to 200 MB
- No download captcha
- No download delay
- Resumable download(Support download manager)
- Unlimited download
- Show ads

Untuk Registered User:
- Upload up to 1 GB
- No download captcha
- No download delay
- Remote URL download
- Full file management system
- Resumable download(Support download manager/Internet Download Manager)
- Unlimited download
- Show ads
- 500 GB Storage

Untuk Premium User/Member:
- Upload uto to 2 GB
- No download captcha
- No download delay
- Resumable download(Support download manager/Internet Download Manager)
- Full file management system
- Unlimited download
- Unlimited storage
- No ads

UploadCore

UploadCore - Built For Hard Core Downloaders
UploadCore.com. Inilah file hosting yang terjumba semasa saya melawat forum Doridro. UploadCore ialah file hosting yang lebih kurang seperti BillionUploads.com. Kerana dua-dua file hosting ini menawarkan perkhidmatan upload dan dapat duit.



InfoGraphic

UploadCore


Antara ciri-ciri UploadCore ialah:

- Free 1 TB(1024 GB) account storage
- Upload and earn
- Reliable File hosting
- Upload up to 2 GB
- Resumable download(Support download manager/Internet Download Manager)
- No download limit
- No waiting time
- No captcha
- Video streaming

Visit Site

Daripada banding beza tersebut anda boleh mengetahui mana lebih bagus, UpMoreFiles ke atau UploadCore. Keputusan di tangan anda.

Kesimpulan

Begitulah cerita saya dengan file hosting di atas. Bagaimana pula dengan pembaca, adakah anda sudah mengetahui cerita tersbeut atau masih belum? Daripada pengalaman aku tiada(NONE) file hosting yang sempurna(Perfection). Oleh itu kita kena pandai/cerdik untuk membuat file anda tidak dicekop dengan DMCA. Jika anda tidak keberatan, anda bolehlah share artikel ini di laman sosial anda.

Dikemaskini:
26/9/2012 ~ Pada mulanya saya percaya pada UploadCore akan tetapi UploadCore pun lebih kurang samalah dengan file hosting yang lain. (Harap je mula2 hebat, last2 ....you know it)

Maka berakhirlah ceritaku...

Wasalam Danial ^_^

  • September 15, 2012
  • MR.L.A
Apa dan Kenapa Backlink itu Penting
Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera kepada tetamu yang dihormati =). Malam yang indah ini yang ku rasakan sungguh tenang dan  aman, maka saya berpeluang untuk menulis post yang baru dan yang lebih baik. Tajuk kali lebih ialah Jiran Tertangga. Ni mesti link exchange, agaknya la. Itulah pada pendapatkan anda, tapi bagi saya bila saya tulis tajuk jiran tertangga, tidak semestinya merujuk kepada link exchange. Hari ini sedikit sebanyak kita akan mempelajari ilmu berkaitan agama(Pendidikan Islam) dan juga pemahaman mengenai Backlink.


Sudah cukup sudah kita bersembang, mari kita terus menuju kepada pembelajaran kita.

1. Apakah Maksud Jiran?

Jiran ialah = Orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita iaitu di kanan, di kiri, di depan, di belakang, di tingkat atas, dan di tingkat bawah yang meliputi 40 buah rumah dari setiap penjuru.

Nota: Itu maksud bersadarkan Pendidikan Islam - Akhlak@Adab Tingkatan 2.

Okey? Saya saja masukkan unsur Islam dalam blogging(sharing is caring ^_^). So setakat ini saya cuma terangkan maksud jiran... awat(kenapa) lama sangat nak pergi ke bab link exchange? Sebab sebelum tu saya nak terangkan maksud Backlink dahulu. Harap bersabar ye :)

2. Apa dan Kenapa Backlink itu Penting? Betul ke?

Backlink juga dikenali sebagai = incoming link, inbound links, dan juga inward links.

Maksud lebih mendalam:
Link inbound asalnya penting (sebelum kemunculan enjin carian) sebagai cara utama pelayaran web, hari ini, kepentingan mereka terletak dalam pengoptimuman enjin carian (SEO). Bilangan backlinks adalah satu petunjuk populariti atau kepentingan laman web atau muka surat (sebagai contoh, ini digunakan oleh Google untuk menentukan PageRank laman web). Luar SEO, backlink laman web mungkin mempunyai kepentingan peribadi, budaya atau semantik: mereka menunjukkan yang membayar perhatian ke halaman tersebut.

Sumber: Wikipedia.org

Kenapa Backlink Penting?

Kerana backlink banyak manfaatnya.

Antara manfaat berbacklink ialah:

  1. Increase PageRank(Google PR)
  2. Increase SERP(Search Engine Result Page)
  3. Increase Traffic.
Sedikit Penerangan.

Apa benda tu Google Page Rank?

Page Rank Ialah = Algoritma pautan analisis, dinamakan selepas Larry Page dan digunakan oleh enjin carian Internet Google, yang menyerahkan wajaran berangka untuk setiap elemen set hiperpautan dokumen, seperti World Wide Web, dengan tujuan untuk "mengukur"kepentingan relatif dalam set. Algoritma boleh digunakan untuk mana-mana koleksi entiti dengan petikan rujukan dan timbal balik.Berat berangka bahawa ia menyerah hak kepada mana-mana unsur E diberikan dirujuk sebagai PageRank E dan ditandakan oleh PR (E)


Oh.. gitu rupanya... so penting la Backlink ni... mesti le... kalau tidak site tak famous le. Tapi macam mana nak tambah(increase) backlink ni?

3. Teknik untuk Menambahkan Backlink yang Mantab!

A) Umpan Link(Link Bait)

Umpan Link(Link Bait) apa-apa kandungan atau ciri, dalam sebuah laman web, yang direka khusus untuk menarik perhatian atau menggalakkan orang lain untuk menghubungkan kepada laman web ini. Matt Cutts mentakrifkan pautan umpan(link bait) sebagai sesuatu yang "cukup menarik untuk menangkap perhatian orang ramai." umpan Link(Link Bait) boleh menjadi satu bentuk yang sangat berkuasa pemasaran kerana ia adalah virus dalam alam semula jadi. Istilah ini sering mempunyai konotasi negatif atau mengetepikan. Kandungan untuk perangkap pautan ialah klip teks, imej, audio atau video dan ia cukup menarik untuk menarik perhatian rakyat/pembaca.

Itu baru satu teknik.. huhu dah sejam aku karang... huh.... Tarik nafas jap n take 5(Bananana... TV3 ^_^)

B) Pos Tetamu(Guest Post)


Tetamu Dihormati: Apa benda lagi ni? saya dah pening ni. Tadi link bait sekarang guest post.

Admin: Guset post atau dalam bahasa melayunya ialah pos tetamu ialah satu cara untuk menambahkan baklink yang paling terbaik dan bagus pada masa kini. Teknik ini selalu digunakan dalam pelbagai website English yang popular seperti MakeUseOf, Squidoo, dan sebaginya.

Tetamu Dihormati: Soalan saya ialah: saya pos dalam  Bahasa Melayu , tetapi masih ada blogger Malaysia yang menerima guest post?

Admin: Masih ada, setakat ini(just berdasarkan pengalaman/pengetahuan saya) cuma OMG! Hackers? yang menerima guest posting dalam Bahasa Melayu. Saya masih ada satu lagi website yang boleh menambahkan satu free backlink yang bagus iaitu Busuk.org. Kenapa saya pilih Busuk? sebab busuk mempunyai alexa rank yang tinggi dan juga Google PR 3/10(15/9/2012).

Tetamu Dihormati: Apa kena mengena dengan alexa dan pagerank yang tinggi?

Admin: Sebab. Bila kita berbacklink dengan site/blog yang mempunyai alexa/pagerank yang tinggi, maka kita memperoleh Page Rank yang tinggi juga tambahan pula traffik site/blog kita meningkat.

Itu adalah diantara teknik yang selalu dilakukan oleh website yang diluar sana.
Saya masih tak boleh la nak buat macam tu ada cara lain tak?

Ada. Teknik yang lain ialah:

C) Komen di Blog/Site Lain(Blog Commenting)

Teknik ini memerlukan seorang blogger yang rajin melawat jiran tertangga mereka dan juga kerajinan kita untuk komen pada blog yang tertentu.

Kenapa dalam blog tertentu?
Kerana bukan semua blog ialah dofollow. Blog saya juga ialah NoFollow Blog.

Apa benda lagi dofollow ni?
DoFollow ialah = Sebuah link yang mempunyai Markup HTML khas di dalam, untuk memberi tahu kepada search engines seperti Google untuk follow destinasi di dalam link tersebut.

Mestilah anda tak faham, saya lagi tak faham....huhu. Okey sekarang saya akan menerangkan lebih mendalam apa itu dofollow link

CONTOH - Untuk Link Biasa/Normal:

<a href="http://www.google.com/" target="_blank">Google Website</a>
Untuk pemahaman anda semua itu adalah link biasa yang kita buat dan juga target="_blank" bermaksud link itu akan membuka Google.com kepada New Tab. Untuk link biasa ini, ialah DoFollow link.

CONTOH - Untuk NoFollow Link:

<a href="http://www.google.com/" target="_blank" rel="nofollow">Google Website</a>
Bila link nofollow macam mana nak buat tambah backlink. So, kita kena pandai cari blog/site yang dofollow la :)

Tetamu Dihormati: Saya masih tidak faham lagi la. kata terangkan lebih mendalam. Tetapi kenapa yang link biasa tu ialah DoFollow link dan kenapa untuk Nofollow link kita terpaksa letak rel="nofollow" ? Kenapa link biasa tak tambah rel="dofollow" ?

Admin: Untuk pengatahuan tetamu yang dihormati. Link biasa ialah DoFollow link. Untuk Nofollow link, kita terpaksa edit html dan tambah ref="nofollow" kepada HTML/Link tersebut.

D). Penaja Link/Banner(Link/Banner Sponsor)

Teknik ini bukanlah free, tapi berbayar(penaja). Keadah ini selalu dilakukan oleh marketing internet yang ingin site/blog mereka popular. Selalunya la, just pengalaman saya. Teknik ini memang kena bayar tapi dia punya manfaat banyak. Boleh increase traffic up to 200% kalau taja(Sponsor) site yang betul-betul popular. Caranya bagaiman nak mengetahui site/blog itu popuar? Senang je.

Gantikan danialde4.blogspot.com itu dengan laman web anda ingin taja.
Sekarang blog saya dalam alexa ranking ke 1.6M masih jauh lagi.

CONTOH:
http://www.alexa.com/siteinfo/www.google.com

Itu Google. Tapi sekarang alexa Rank Google sudah drop. daripada 1 ke 2. Facebook telah mengambil tempat yang pertama. Saya amat sedih dengar berita ini.

Kesimpulannya:
Lagi tinggi alexa rank, lagi bagus atau banyak traffic yang dimiliki.

Di Malaysia banyak je site/blog yang menerima iklan berbayar. Macam http://jieazzmovie.net/ dan sebagainya.

Untuk bab Backlink sudah habis. Maka saya akan meneruskan dengan Link Exchange.

4. Link Exchange(Tukaran link)

Yay! Akhirnya sampai juga perjalanan kita selepas mempejari ilmu backlink tadi. So dibawah nanti adalah adalah jiran tertangga saya yang saya kenal selama ini.

1. Stylify Your Blog(SYB)

Stylify Your Blog | Blogger Tips Tutorials and Templates

Stylify Your Blog ialah Blog yang pertama saya suka dan saya kenal. Kerana blog tersebut telah mengubah hidup saya. Walaupun tuan blog tidak mengajar saya apa-apa, tetapi code yang ada di dalam blog tersebut yang mengajar saya :)

Siapakah orang di sebalik Stylify Your Blog?
Ialah: Prayang Verma
Network: SYB @ FB Group

2. Malaya Hackerz Crewz(MHC)

Malaya Hackerz Crewz

Walaupun saya sudah berhenti untuk menjadi hacker, tetapi jasa tetap dikenang ^_^.

Siapakah orang di sebalik Malaya Hackerz Crewz?
Ialah: Sandeep Sandz Sidhu
Network: MHC @ FB Group


3. Sedut Software Sampai Lebam(SSL)

SSSL - Sedut Software Sampai Lebam

SSSL ialah orang Malaysia yang pertama post pasal software warez ^_^

Siapakah orang di sebalik SSSL?
Network: SSSL @ FB Group

4. Rileks Community

Rileks Community

Community paling rileks di Malaysia :D

Siapakah orang di sebalik RC?
Ialah: Pen Returns
Network: RC @ FB Group

5. Oh Information

Sudah tak update lagi. Tapi kenagan tetap ada bersama Abg Hamba Kerdil. Dia telah mengajar saya banyak perkara. Tentang agama, hidup dan sebagainya(ikut bahasa melayu dah salah ni).

Siapakah orang di sebalik Oh Information?
Ialah: Hamba Kerdil

6. InXan

InXan Blogspot

Blog masih baru, tapi tetap di hati =)

Siapakah orang di sebalik InXan?
Ialah: Insan Serdehana

7. AMSMuvee

AMSMuvee - Tonton movie secara online

Blog tonton movie secara online :)

Siapakah orang di sebalik AMSMuvee?
Ialah: Zaki Amzar
Network: AMS @ FB Group

8. Hardin Hijrah

Hardin Hijrah - Mnejual Barangan Islamic dan Kelengkapan Ibadah

Lihat banner pun kita dah tahu yang Hardin Hijrah Menjual dan Membekal Barangan Islamik, Kelengkapan Ibadah, Majalah Agama Solusi/GEN Q, Sejadah, Telekung, CD Kuliah, CD Ceramah dan Buku-buku Agama. Ha, baguskan. Banyak benda kita boleh beli kat Hardin Hijrah ni.

Siapakah orang di sebalik Hardin Hijrah?
Ialah: Muhammad Izzul Akmal Othman

Maka berakhirlah post saya kali ini.... panjang bebenor post nya.. tak larat nak baca.. itu nak baca. Tapi orang yang buat lagi tak larat... 2 jam lebih baru siap... huhu.. tapi takpa.. ini disebabkan saya jarang update blog.. maka saya mesti membuat post yang panjang untuk cover balik traffic saya.. semoga bermanfaat ilmu yang saya beri. Sebelum kita sampai ke penghujung saya dengan merendah diri meminta maaf sekiranya saya tersalah tulis atau terlupa untuk member kredit kepada sesiapa yang ada kaitan dengan post ini. Saya juga seorang manusia yang tidak terlepas daripada melukan kesilapan......

Wallahualam
Wasalam ^_^

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Translate

Popular Posts