Bagaimana nak mengatasi masalah blog yang berat

Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera kepada tetamu yang dihormati. Saya bermohon ampun dan maaf kerana sejak kebelakangan ini saya jarang update blog kerana menyiapkan Projek SSSL yang hebat belaka. *Maaf ya =)

Pernahkah anda mengalami masalah blog yang amat berat??

Blog yang berat mendatangkan banyak masalah bukan sahaja pada kita malahan pada pembaca blog juga.

Secara ringkasnya:

Blog yang berat seberatnya menyebatkan?
Loading lambat. Bila loading lambat menyebabkan?
Pembaca tidak suka dan lari. Bila pembaca lari?
Pembaca kitapun akan berkurangan. Bila pembaca blog kurang?
Maka, trafik blog menurun.

Huh..... memang teruklah kalau blog berat. Huhu, rugi betul kalau ada blog yang berat.

Jadi bagaimana nak mengatasi masalah ini? Bagaimana Ya Allah!!!

Hamba ingin cari jalan penyeleasaiannya.

Anda tidak perlu mencari jalan penyelesaiannya kerana dalam post kali ini hamba akan menerangankan bagaimana nak membuat blog menjadi lebih ringan dan pantas "luar biasanya".

Blog yang berat disebabkan 3 punca yang utama:

#1 - Gambar

Selalunya yang memberatkan blog kita ialah gambar. Gambar faktor yang paling utama daripada yang lain.

Berdasarkan pengalaman saya gambar yang berat selalunya berada di?
  • Post
  • Header
  • Background

#Post

Kalau post, anda perlu memastikan gambarnya tidak berat. Saiz gambar tersebut mestilah kurang daripada 50 KB untuk dalam post. Dan kalau nak letak lebih daripada satu gambar dalam post pastikan gambar tersebut tidaklah melebihi 300KB dalam post tersebut.

Faham ke? ;)

#Header

Blogger Malaysia selalunya blog mereka berat disebabkan Header. Memang tak boleh dinafikan. Masuk je blog Malaysia, tengok header memang berat. Kadang-kadang sampai 500KB untuk header sahaja. Huh.... berat-berat.

Nak letak header itu boleh tapi jangalan sampai 500KB, itu dah melampau beratnya. Pastikan bawah 300Kb atau 100Kb pun dah cukup. Guna format jpg, sebab jpg ringan. Tapi gambar tak cantik. Memey le.... nak cantik ke nak trafik? Anda yang tentukan.

#Background

Kadang-kadang saya terlihat ada juga orang sanggup letak gambar profil pada background blog. Sanggup dia nak jual mukanya. Aduh2.... Tapi kalau nak berbackground blog itu. Pastikan jangan melebihi 50KB. Lebih KO.

Ok. Cuba kira. Kalau blog XY ada background image = 50KB + post image 100KB + Header = 200KB

Jadi?

= 350KB untuk gambar sahaja? Berat juga.

Tapi, Itu belum lagi tambah iklan. Lagilah berat kaw-kaw blog dia. Selalunya iklan yang berbentuk GIF lah yang memberatkan blog. Sebab gambar yang berformat gif memerlukan saiz yang besar.

Ingat. Kalau nak pilih iklan itu pastikan yang ringan. Saya tahu anda ketagih duit tapi pembaca lebih penting daripad duit.

Sebab, kalau ada pembaca setia. Maka duitpun akan setia dengan kita ;)

#2 - Widget

Mesti anda perasan yang blog Danialde4 sudah tidak lagi memasang sosial button bar yang di atas.

Kenapa buang? Mestilah sebab berat.

Dan lagging. (Lagging? = sekat-sekat :p )

Sekarang anda lihat blog anda. Apakah widget yang penting dan kehendak? Tak tahu?
Takpe, hamba akan senaraikan apa widget yang penting-penting belaka.

Widget yang penting:

[+] Popular post - Penting kerana untuk memberi tahu kepada tetamu post apakah yang sedang top pada blog anda.
[+] Related post - Untuk membuatkan pembaca blog kekal lebih lama pada blog anda.
[+] Sosial share button - Memudahkan pembaca untuk berkongsi artikel di laman sosial.
[+] Kotak melanggan(subscribe) - Teramat penting. Untuk mendapatkan trafik yang tetap. Sebab setiap kali anda post artikel baru, secara automatik pembaca yang melanggan pada blog anda secara percuma dengan feedburner akan klik pada post yang baru sampai di dalam emel mereka.

Widget yang kehendak:

[+] Slide show image - Blog yang paling rugi. Sebab slide image widget tidak mendatangkan apa-apa faedah kecuali untuk kecantikan blog sahaja.
[+] Pop up - Facebook pop up atau pop up apa sahaja akan menyusahkan tetamu malahan crawlers tidak suka pop up.
[+] Lagu MP3 auto-play
[+]Third party comment system. Macam Intensedebate dan sebainya.

Nota: Saya guna Intensedebate kerana ada commentLuv yang memudahkan saya comment balik :)

#3 - Script

Scipt yang berat ialah script?

Iklan....

Lihat juga pada blog saya, mana ada iklan. Sebab iklan membuat blog berat. Hati-hati.

Tapi kalau nak guna juga?

Pastikan anda meletakkan script sebelum kod </body>

Kod </body> berada di bahagian akhir sekali pada Template.

Tapi.... kenapa nak letak script pada bahagian akhir template?

Kerana bagi blog loading dahulu, selepas itu barulah script. Sebab script tidak berapa penting sangat.

Nota: Bukan semua script akan berfungsi jika diletakkan pada bahagian akhir.

Sekarang, Lihat Berapa Ringan Blog Anda?

Nak lihat dimana?

Saya syorkan anda melihat di Google - PageSpeed Insights.

1) Masuk laman tadi
2) Letak kan URL blog anda pada kotak yang telah di sediakan
3) Tekan butang "ANALYZE" yang berwarna merah
4) Kongsikan markah anda pada komen dibawah :D

Apa macam? Berapa /100?(hehe....)

Mohon like dan share. Kerjasama anda amat dihargai.

Sumber gamber daripada Google Images

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Translate

Popular Posts