Disable copy-paste.
Klien saya tanya,

"Danial, boleh tak buat disable copy-paste dalam blog saya."

Dan sudah tentu boleh. Saya cari dan cari tutorialnya. Kebanyakan yang saya jumpa semua kodnya panjang-panjang belaka.

Lalu, saya teringat satu laman yang ada buat tutorial mengenai disable right-click. Dan, alhamdulillah jumpa juga kod yang ringkas.

Sekadar beberapa baris sahaja.

Berapa baris? Baca lagi...

Tutorial Pasang Kod Disable Copy-Paste Dalam Blog

1. Pergi ke Blogger Dashboard > Template > Klik "Edit HTML."

2. Cari kod ini:

<head>

3. Di bawahnya, tambah kod ini:

<script language='JavaScript1.2'>
function disableselect(e){
return false}
function reEnable(){
return true}
document.onselectstart=new Function ("return false")
if (window.sidebar){
document.onmousedown=disableselect
document.onclick=reEnable}
</script>

4. Dan "Save template."

Mudah bukan. :)

Daripada Penulis

Sebenarnya banyak lagi artikel-artikel tentang blog yang bernilai untuk dikongsikan kepada anda. Cuma saya ada sedikit penyakit kebelakangan ini.

Iaitu: Malas.

Mentang-mentanglah sudah habis sekolah. Sikap malas makin menjadi-jadi. Kalaulah saya boleh keluar semua idea dalam kepala saya ini dengan mudah. Nescaya blog anda semakin hebat, berautoriti lagi disayangi Google!

Dan like artikel ini.

Selepas berjaya buat, jangan lupa tinggalkan komen di bawah. Supaya saya jadi lebih rajin lagi. Hoho.

Sumber gambar.

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Translate

Popular Posts