4 Teknik Efektif Menulis Artikel 60 Minit!
Di kala menaip tiba-tiba terasa bosan lalu meninggalkan komputer anda.

Saya pernah mengalami situasi seperti itu.

Tiada inspirasi, hilang semangat untuk menulis.

Yang sedihnya, "nanti-nanti sambung balik".

Sebenarnya, tidak pernah pun sambung balik menulis dan rasa amat kecewa.

Kenapa jadi begitu? Salah satu faktornya adalah menulis terlalu lama! Dan faktor yang kedua adalah tidak tahu apa yang hendak ditulis!

Jadi, dalam artikel kali, anda akan mempelajari bagaimana menulis dengan pantas dalam 60 minit!

PS: Ada BONUS :)

1. Tetapkan SATU Matlamat

Pertama-tama anda perlu tahu apakah matlamat artikel yang hendak ditulis?

Anda seorang pemandu dan penumpang ingin tahu ke manakah hendak pergi. Sekiranya memandu tanpa arah tuju ia hanyalah membuang masa penumpang sahaja.

Menetapkan Satu Arah Tuju

Anda perlu cari satu topik atau masalah yang hendak diselesaikan.

Contohnya, tentang SEO, blogging, widget, tutorial dan seterusnya.

Ataupun

Pembaca anda ada menyakan "Apakah Maksud SEO?"

Jadi anda mengambil keputusan menulis tentangnya.

Dan untuk membuat artikel anda mendapat trafik mencanak pastikan anda menjawab soalan ini:

Adakah artikel ini dapat menyelesaikan masalah pembaca saya?

Artikel tanpa menyelesaikan masalah pembaca adalah artikel yang sia-sia lalu pembaca akan lari.

Seterusnya anda perlu mencari maklumat tentang artikel yang hendak ditulis.

2. Membuat Kajian dan Mencari Maklumat yang Tepat

“If we knew what it was we were doing, it would not be called research, would it?”

— Albert Einstein

Terdapat 2 kaedah untuk mencari maklumat yang tepat lagi bermanfaat.

Pertama: Online

Anda boleh mencari maklumat di internet. Antaranya ialah di:
  • Blog
  • Forum
  • Dan laman-laman yang berkaitan

Kedua: Offine

Anda boleh mencari maklumat secara offline. Antaranya ialah:
  • Buku
  • Majalah
  • TV
  • Orang yang berkaitan
  • Dan seterusnya

Apabila mencari maklumat pastikan maklumat itu adalah maklumat yang sahih dan untuk mendapat maklumat yang benar-benar tepat pastikan juga mencari daripada sumber yang dipercayai.

Sekarang orang jarang mencari maklumat secara offline kerana lambat. Tetapi maklumat offline lebih dipercayai daripada online kerana sudah ditapis.

Seterusnya menyimpan maklumat anda dengan sebaik-baiknya.

Menyimpan Maklumat

Sekiranya anda mencari maklumat secara online, anda perlu menyimpan maklumat dalam:
  • Notepad
  • Wordpad
  • MS Word
  • Dan sebagainya

Kalau saya, saya suka simpan dalam notepad kerana mudah dan saiznya kecil lalu dapat menjimatkan ruang.

Dan pastikan juga anda ada membuat satu folder khas untuk menyimpan maklumat. Saya punya folder dinamakan "Post Ideas".

Anda pula bagaimana?

3. Merangka Artikel

Artikel tanpa rangka umpama pokok tanpa akar.

Selepas anda dapat segala maklumat, maka langkah kedua ialah merangka. Untuk merangka anda boleh ikut contoh di bawah:

Mukadimah

Subtajuk

Subtajuk

Subtajuk

Penutup

Sebagaimana artikel ini ditulis dalam rangka:

Mukadimah

Tetapkan SATU Matlamat

Merangka Artikel

Menulis Sekarang!

Penutup

Jika anda lihat, rangka sebenar amat mudah, tidak sampai beberapa saat. Tetapi apa yang penting ialah Subtajuk.

Anda perlu pecahkan subtajuk sekurang-kurangnya ada 3 mengikut format Tuan Aqif Azizan.

Maka sambung langkah terakhir...

4. Menulis Sekarang!

Kebiasaannya, saya suka menulis dalam notepad++ sebab ia mudah, kurang gangguan dan selesa ataupun anda boleh guna ZenWriter, DarkRoom, OmmWriter dan seterusnya.

Tambahan pula, cuma perlu isi ayat demi ayat dalam subtajuk yang sudah dirangka tadi. Tidak dilupakan juga mukadimah dan penutup.

Mengikut guru saya, Rahul Kuntala. Beliau lebih selesa menyiapkan subtajuk berbanding menulis mukadimah dan pendahuluan.

Persoalannya ialah kenapa?

Sebab isi lebih penting daripada mukadimah dan penutup walaupun ayat awal dan ayat akhir memainkan peranan yang penting juga.

Sekiranya saya menulis, saya akan menggunaka teknik Pomodoro.

Teknik Pomodoro ialah di mana 25 minit berkerja(menulis) 5 minit berehat. Secara keseluruhannya, 30 minit.

Jadi, saya cuma perlu ulang 2 kali untuk menulis artikel selama 60 minit.

Untuk dapatkan Timer Pomodoro secara PERCUMA, anda boleh layari laman web Tomighty dan memuat turun :)

Cerita Pomodoro: How to Create An 800 Words Article In 25 Minutes [Without Sacrificing the Quality]?

Bonus

 Kredit: SparringMind.com

Sekarang Terpulang Kepada Anda

Anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan.

Sekiranya ada penambahan tips yang anda ingin tambah, silalah berikan dalam komen.

Dan jangan lupa untuk kongsikan pada 1 orang rakan anda. Cuma seorang :D

Lebihkan mendengar, kurangkan bercakap. Lebihkan membaca, kurangkan menulis.

Kredit Imej: adventurebaycharters.com.au

Aims, Goals, Objective
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kepada pembaca yang dihormati lagi budiman.

Alhamdulillah, basmalah. Pertama-tama saya mahu berterima kasih kepada Allah swt kerana memberi peluang dan ruang untuk saya menulis seentri yang baru.

Tidak dilupakan juga kepada peminat Danialde4(Ada ke?) yang tak jemu-jemu menunggu entri terbaru daripada blog ini. Maaf ya ;-)

Baiklah. Anda pernah dengar Dr. Edward de Bono?

Mungkin ya

Mungkin tidak

Tetapi mesti anda tahu, dalam Malaysia juga ada seorang de Bono yang popular lagi dikagumi ramai dalam medan penulisan. Siapakah beliau? Beliau menggelar dirinya Si Nenek Tua.

Tak pernah juga? Kalau belum pernah dengar lagi, jom baca artikel Siapa Mentor Penulisan Aqif Azizan?. Mesti anda akan ingat beliau sampai bila-bila.

Sudah cukup sudah, mari kita ketahui "Apakah Kepentingan AGO dalam Blog?"

Takrif AGO

Sebelum nak menyelam lebih dalam lagi, mari kita baca apakah maksud AGO ini?

A = Aims = Tujuan

G = Goals = Matlamat

O = Objective = Objektif

Aims, Goals dan Objective. Ketiga-tiga mempunyai maksud lebih kurang sama. Tetapi setiap satunya membawa kehebatan masing-masing.

Tujuan, Matlamat dan Objektif adalah visi yang akan membantu kita melihat apakah yang akan terjadi pada masa hadapan blog kita.

Semua orang MESTI ada AGO. Dalam artikel sebelum ini juga saya ada menekankan kita mesti mempunyai matlamat.

Bila ada AGO maka mudahlah kita nak berjaya dan tahukah anda? Blog My Arrazi telah menanam cita-cita untuk mendapat Google PR 2 pada tahun ini. Kini blog beliau telah capai apa beliau inginkan.

Lihat, betapa petingnya mempunyai AGO dalam blog. Sedangkan kita tidak pasti sama ada ia akan tercapai atau tidak. Yang penting kita mesti BERANIkan diri untuk menetapkan AGO kita.

Aims

A = Aims = Tujuan

Setiap perkara yang kita lakukan di atas muka bumi ini MESTI ada tujuan.

Apa tujuan saya datang sekolah? Untuk mengambil ilmu daripada Cikgu.

Apa tujuan saya bisnes? Untuk mendapat duit yang banyak. Salah! Untuk menyelesaikan masalah orang.

Apa tujuan saya berblog? {Isi sendiri :p}.

Mesti ada orang akan tulis. Untuk membuang masa yang terluang. Betul. Tak salah. Apa yang penting adalah kita MESTI ada tujuan berblog. Mesti ada tujuan.

Ada tujuan, perkara yang kita lakukan tidak akan menjadi sia-sia.

Tetapi apakah tujuan saya(Danial Abdul Rahim) berblog?

Untuk membina laman web. Serius, itulah mula-mula tujuan saya membina blog.

Pada awalnya, saya memang nak tahu sangat bagaimana membina laman web dan Alhamdulillah dari situ saya belajar daripada KOSONG sehinggalah ke tahap yang BAGUS.

Goals

G = Goals = Matlamat

Semua orang tahu matlamat adalah sesuatu yang kita boleh capai. Sesuatu yang hebat dan mengambil masa yang lama untuk merialsasikan.

Jadi bagaimanakah caranya untuk anda mempunyai matlamat dalam blog?

Tanya pada diri sendiri "Apa matlamat yang hendak saya capai?"

Kalau soalannya susah nak jawab memang gelap masa depan blog anda. Kalau ditanyakan pada saya, saya akan menjawab:

"Menjadi jutawan dengan blog"

Saya tahu ia mustahil dan tidak munasabah. Tetapi lagi tinggi matlamat kita, lagi tinggi kita boleh capai.

Misalnya, saya mahu dapat 11A1 dalam SPM nanti lebih baik daripada saya mahu dapat 3A1 dalam SPM nanti.

Kenapa? Semua orang tahu. Bukan? :)

Blogger yang mempunyai matlamat untuk blognya adalah blogger yang hebat. Apabila kita mempunyai matlamat maka tidak mustahil untuk dicapai.

Objective

O = Objective = Objektif

Objektif lebih kurang sama juga dengan aims dan goals. Tetapi objektif ini lebih lain sedikit.

Kenapa?

Ok, pernah tak anda dengar, "Pada akhir bab ini anda akan pelajari..."

Ada bukan? Selalu kita jumpa ayat begitu dalam buku teks.

Mempunyai objektif membina blog adalah penting. Tetapi bagaimana caranya kita nak buat objektif untuk blog?

Tanya soalan ini, "Apa hasil yang kita rancangkan?"

Contoh, saya menulis artikel ini dan apakah hasilnya?

Anda akan tahu bagaimana membina blog dengan lebih jelas dan seterusnya...

Soalan itu agak susah untuk dijawab. Bagaimana pula kalau anda jawab soalan ini.

#1 "Kenapa saya perlu membina blog yang berjaya?"

Atau

#2 "Kenapa anda MESTI membaca blog saya?"

Anda jawab kedua-dua soalan di atas saya BERANI jamin selepas ini blog anda akan cepat naik. 101%!

Soalan #2 itu saya ambil daripada Uncle Corbett Bar

Terima kasih padanya, bukan pada saya ;-)

Daripada Penulis

Alhamdulillah, syukur terhadap Ilahi keranaNya saya masih bernafas untuk memberi nilai yang positif kepada anda.

Harap sejuta ampun dan maaf kerana selama ini saya menghilangkan diri tanpa meninggalkan khabar berita.

Sebenarnya laptop saya iaitu Acer Aspire 4310 telah di ambil kerana sebab-sebab tertentu(Bukan sebab SPM ya).

Tetapi alhamdulillah juga diucapkan kerana Kakak ku Prof(Bakal) Mardhati sudi meminjamkan netbooknya.

Jadi, apa yang anda fikirkan tetang artikel kali ini? Cukup bagus atau biasa-biasa saja?

Saya nak tahu juga bagaimana? Kalau ia membantu anda mohon dikongsikan pada rakan-rakan anda. Jangan cedok seorang diri.

Kalau ada soalan yang anda ingin ajukan. Dipersilakan :D

Saya sudi mendengarnya...

P.S: Mohon isikan AGO di bawah untuk masa depan blog anda.

A:________

G:________

O:________

Sumber gambar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera kepada pembaca yang dihormati lagi budiman ^_^

Bagaimana nak memaparkan gambar dalam carian - Google authorship
Alah hensemnya :P
Bila dicari-cari tutorialnya tidak jumpa dalam Google.

Semuanya dalam Bahasa Inggeris. Yang sedihnya semua tutorial yang anda follow tidak menjadi lalu anda  putus asa.

Kenapalah jadi begitu? Bukankah kalau terus dan terus berusaha akan mendapat kejayaan?

Memang dah cuba tapi... semuanya tidak menjadi.

Tidak menjadi.

Tidak menjadi.

Sedih dan kecewa.....

Saya faham kekecewaan anda bila dah buat tutorial banyak kali tetapi tidak berjaya juga.

Jadi, di sini saya mengambil kesempatan untuk mengajar anda Bagaimana Nak Memaparkan Gambar Dalam SERP! :D

Tutorial Bagaimana Nak Memaparkan Gambar Google + Dalam SERP


Mula-mula anda perlu ada:
  1. Akaun Google Plus(Kalau tidak ada lagi, Baca: Replace Blogger Profile with Google+ Profile).
  2. Blog

Sebelum saya nak tulis lebih lanjut. Anda perlu tahu apakah sebenarnya BENDA ini?

BENDA ini ialah sebenarnya Google Auhthorship.

Definisi Google Authorship

Ialah satu penyelesaian untuk berhubung(connect) kandungan tertentu yang asli(Membuat orang sukar nak cetak rompak) dengan Google + profile pengarang(Authorship).

Apakah Kegunaannya?

Ada banyak sebab nak katakan Google Authorship ini penting tetapi yang paling penting ialah?
  • Menunjukkan blog tersebut berpengaruh kerana ramai pengikutnya(follower)
  • Anda pernah dengar "Content Is King" kan? Jadi, itulah dia. Google Authorship ini boleh meninggkatkan kedudukan halaman anda dalam SERP sekiranya entrinya epik serta membuatkan pencari klik pada halaman tersebut kerana unik.
  • Memudahkan pembaca mengenali pereka entri berkenaan.
  • Meningkatkan kepercayaan dan keyakinan dalam kandungan anda.
  • Dan banyak lagi.

Jelas?

Ok sekarang barulah masuk tutorialnya.

Dah ada akaun Google plus? Ikut langkah ini langkah demi langkah.

Akaun Google Plus

1) Pergi ke laman: plus.google.com/me/about

2) Klik "Edit Profile" (Yang button warna biru)

3) Scroll paling bawah sekali.

4) Sehingga anda jumpa "Contributor to"

5) Klik perkataan tersebut.

6) Klik "Add custom link"

7) Label > Nama blog anda

8) URL > Link/URL blog anda

Contributor to

9) Save

10) Cari "HAVE YOU IN CIRCLES" di sidebar belah kanan

11) Klik perkataan tersebut

12) Tik > "Show people who have added you to circles"

Show people who have added you to circles


13) Save

14) Scroll atas balik

15) Klik tab "+1's"


16) Tik > Show this tab on your profile


17) Save

18) Akhir sekali > Klik "Finished editing"

P.S: Copy awal-awal URL profile Google + anda. Contoh https://plus.google.com/117087910300329657997/

Baru siap tetapan untuk akaun Google + anda. Belum lagi untuk blog anda :)

Aplikasikan Kod Google Authorsip Pada Blog

Seperti biasa kalau anda nak aplikasikan kod dalam blog anda, anda perlu log in:

1) Blogger dashboard > Template > Edit HTML

2) Cari kod ini: <head>

3) Letak kod di bawah selepas/bawah kod <head>

<link href='https://plus.google.com/Nombor Google Plus Anda' rel='me'/>
<link href='https://plus.google.com/Nombor Page Google Plus Anda' rel='publisher'/>

4) Gantikan:

ABC - Nombor Google Plus Anda

ABC - Nombor Page Google Plus Anda

5) Jadi,

<head>
<link href='https://plus.google.com/117087910300329657997' rel='me'/>
<link href='https://plus.google.com/117087910300329657997' rel='publisher'/>

PS: Nanti ada orang cerita apa bezanya rel=me dan rel=publisher.

5) Selepas itu, cari kod </body>

6) Letak kod di bawah sebelum/atas kod <body>

<div style='display: none;'><a href='https://plus.google.com/Nombor Google Plus Anda?=author'>Nama Google Plus Anda</a></div>

Gantikan:

ABC - Nombor Google Plus Anda

ABC - Nama Google Plus Anda

7) Jadi,

<div style='display: none;'><a href='https://plus.google.com/117087910300329657997?=author'>Danial Abdul Rahim</a></div>
</body>


9) Save Template!

Sahkan Google Autorship

Bila anda dah selesai buat tutorial di atas tadi maka langkah seterusnya ialah dengan mengesahkan Google Authorship anda.

1) Pergi ke laman ini: https://plus.google.com/authorship

2) Anda akan lihat langkah ke-4 yang ada kotak.

3) Dalam kotak tersebut masukkan emel anda.

Contoh:



4) Klik "Sign up for Authorship"

5) Siap dan tunggu dia hantar emel ke inbox anda :D

Menyemak Gambar Google Plus Anda Dalam SERP

Selepas sahaja anda sahkan emel, anda boleh menyemak sama ada gambar anda sudah terpapar atau belum.

Ikut langkah ini untuk menyemak:

1) Pergi ke laman Google Structured Data Testing Tool

2) Masukkan URL blog anda dalam kotak itu

3) Klik Preview

Lihat contoh di bawah:

Contoh Google Authorship


Al Kisah rel=Author dan rel=Publisher



Alternatif Tambahan

Sekiranya gambar anda masih lagi tidak terpapar dalam SERP, maka langkah tambahan perlu di ambil untuk memastikan gambar anda benar-benar papar dalam SERP.

Ikut tutorial ini, Insya Allah berjaya:

= The All new Google+ Followers Widget


Masalah?

Kalau anda menghadapi sebarang masalah masa nak buat tutorial ini, mohon ceritakan masalahnya di ruang komen.

Saya tahu anda malu dan segan silu. Tetapi untuk kebaikan anda juga :)

Kalau ia bermanfaat kepada anda, mohon kongsi bersama rakan anda.

Dan terima kasih kerana sudi melaburkan masa dan tenaga untuk mengikuti tutorial ini.

PS: Jangan lupa nak follow blog saya ya.

PSS: Untuk pengetahuan anda, Google Authorship ini mengambil masa 1-7 hari atau lebih untuk memaparkan gambar dalam SERP.

"Membina blog seperti menanam pokok dan menunggu berbulan lamanya untuk menghasilkan buah."
~ Danialde4

33 langkah bina blog yang berjaya dan kekal abadi
Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera tetamu yang dihormati lagi budiman.

Lama benar saya tidak mengupdate blog. Kemana perginya Danial?

Saya kurang sihat dan hari yang sebelumnya saya telah pergi bercuti bersama keluarga. Harap maaf ya kerana tidak meninggalkan pesanan kepada SSSL dan juga kepada anda ;)

Baiklah, entri kali ini saya akan kongsikan pengalaman dan ilmu pengetahuan saya terhadap dunia blog. Kebanyakan blogger membina blog hanya kerana populariti dan wang.

Tetapi alangkah indahnya jika kita tahu membina blog yang lebih berjaya daripada sebelum ini.

Jadi, bagaimana caranya?

Inilah dia 33 Langkah Bina Blog Yang Berjaya.

Terbahagi kepada 2 bahagian. Iaitu SEBELUM dan SELEPAS buat blog.


SEBELUM Buat Blog

1) Dimulakan dengan - Basmallah.

2) Ketahui maksud blog - Bagi saya maksud blog ialah diari online yang dimana kita akan kongsikan apa sahaja minat kita.

3) Guna formula - M.E.S.T.I.

4) (M)inat - Cari apakah minat anda. Ya, kalau nak bina blog yang berjaya mesti kena tahu minat kita dahulu. Misalnya, minat saya ialah tentang masakan. Kalau boleh, cari minat secara terperinci. Contohnya, saya minat dalam bidang Masakan Cina. Jadi, blog saya tentang Masakan Cina. Anda pula bagaimana?

(M)entor - Bila dah tahu minat saya dalam bidang Masakan Cina, cari orang yang telah berjaya dalam bidang tersebut. Bila dah tahu orang tersebut pakar bidang, maka langkah seterusnya ialah jadikan orang tersebut sebagai Guru/Sifu anda.

5) (E)lmu - Ilmu. Ambil segala ilmu daripada mentor dan jangan lupa nak mencari ilmu tentang bidang tersebut. Contoh, saya minat dalam bidang Masakan Cina, baca buku tentang Masakan Cina dan ambil nota. Saya syorkan anda baca lebih 50 buah buku untuk menjadi pakar bidang tersebut.

6) (S)istem - Guna sistem atau teknik yang betul. Contohnya, kalau saya nak masak Masakan Cina, mesti ada teknik atau sistem yang betul kan?

7) (T)indakan dan (T)idak akan berputus asa - Selalulah memasak dan menuntut ilmu untuk mengukuhkan lagi Masakan Cina saya. Kalau anda seorang penulis, perbanyakkan membaca dan menulis. Sentiasa berusaha. Jangan putus asa!

8) (I)mpian - Atau cita-cita. Contoh, saya bercita-cita nak menjadi pakar Masakan Cina lagi 5 tahun. Tulis cita-cita anda pada papan visi dan letakan papan visi di tempat yang mudah dibaca apabila anda dalam keadaan separa sedar.

9) Memilih jenama yang bagus - Bila bidang tersebut anda sudah pakar, maka langkah yang seterusnya menyebarkan ilmu di blog. Masa inilah anda perlu membuat satu jenama yang akan mengubah persepsi dunia. Katakanlah ada seorang Uncle. Nama Uncle tersebut ialah Uncle Bob.

Beliau pakar dalam bidang Masakan Cina, jadi beliau cipta satu jenama yang dipanggil "Masakan Cina Uncle Bob" dan beli domain MasakanCinaUncleBob.com.

10) Memilih platfom yang sesuai - Nak guna blogspot ke wordpress.org ke atau wordpress.com?


SELEPAS Buat Blog

11) Tentang - Ceritanya Uncle Bob pilih blogspot sebab mudah nak digunakan. Selepas itu nak buat apa pula? Blog tengah kosong. Tidak tahu nak buat apa? Selepas itu anda harus membuat "Halaman Tentang" (About page).

Persoalannya ialah, "Bagaimana nak menulis halaman tentang?"

Jawapannya: Tulis tentang apa yang anda pakar dalam about page. Macam cerita tadi, Uncle Bob mahir dalam Masakan Cina. Jadi Uncle Bob tulislah yang beliau pakar dalam Masakan Cina. Tulis kenapa pembaca harus membaca blog anda? Kenapa blog anda lain daripada yang lain?

Contoh:

Uncle Bob akan mengajar anda bagaimana nak memasak Masakan Cina dengan mudah dan senang dengan menggunakan formula yang berkesan lagi memuaskan hati pelanggan.

Anda juga boleh buat dalam bentuk senarai(list). Semuanya terpulang kepada anda ;)

12) Hubungi - Buat satu halaman "hubungi" untuk memudahkan orang menghubungi anda.

13) Memilih template yang sesuai - Cari dan pilih template yang menunjukkan blog anda adalah tentang topik tersebut. Contoh, Uncle Bob memilih template bertemakan merah. Ciri-ciri template masakan ialah berbentuk galeri. Lebih kurang macam blog foto. Dan rahsia memilih mana-mana template yang mesra pengguna ialah senang navigasinya.

Apa yang dimaksudkan senang navigasi?

Maksudnya ialah blog tersebut yang kemas, selesa, tidak berterabur susunan widget, tidak menggunakan imej resolusi yang rendah dan membuatkan pelawat merasakan "Selamat Datang" terhadap blog tersebut. Faham ke?

14) Content Marketing - Tidak tahu? Inilah dia maksud "Content Marketing" = Content + Social + Search.

15) Content - Menghasilkan entri yang epik pada pertama kalinya. Entri tidak semestinya dalam bentuk artikel. Boleh juga dalam bentuk video, podcast dan sebagainya. Kalau anda memilih untuk menulis artikel, saya syorkan baca entri; Format + Formula Menulis Artikel Online.

16) Ulang langkah 15 - Sehinggalah blog anda sudah ada 15 entri yang epik. Kenapa asik nak buat entri yang epik? Sebab dalam dunia blog orang sudah jemu dengan entri yang biasa-biasa. Sebab itu kita harus menghasilkan entri yang epik, yakni entri yang unik(lain daripada yang lain).

17) Social - Pasang social sharing widget pada blog untuk memudahkan pelawat kongsi entri tersebut. Anda boleh guna sharing widget seperti Addthis, Sharethis dan banyak lagi.

18) Search - Bermaksud anda perlu buat blog mesra SEO. Aplikasikan segala-galanya tentang SEO pada blog anda. Submit blog pada carian. Submit sitemap di Google. Anda boleh guna siri "Mengoptimumkan Template Untuk Carian(MTUC)" untuk bina blog yang mesra SEO atau blog yang Mesra Carian.

19) Berehat sebentar bersama Kitkat - Ya, sekarang anda cuma perlu bersabar untuk SEO. Sebab SEO ambil masa sedikit.

20) Daftar blog pada Alexa - Claimed blog anda. Pasang Alexa widget pada blog tersebut.

21) Daftar Feedburner - Untuk pemasaran emel secara percuma. Kalau ada duit, saya syorkan guna aweber.

22) Pasang widget yang penting - Subcription box widget, related post widget, popular post widget dan recent post widget.

23) Bina Hubungan Dengan Blogger Yang Lain - Langkah yang ini anda tidak boleh skip. Kerana langkah ini akan membuatkan blog anda mengambil jalan pintas untuk berjaya. Cari blog yang sama topik dengan blog anda dan cuba bina hubungan yang mesra alam.

24) Cari dimana tempat mereka berkumpul - Dulu orang suka lepak di forum, sekarang zaman dah berubah. Blogger lebih suka lepak di Facebook Group.

25) Rakan dengan orang yang sama minat dengan anda - Kalau dah jumpa tempat orang lepak sama minat dengan anda mesti mereka anda add anda :)

26) Blogwalking blog mereka - Dalam Group tersebutkan ada banyak blog. Apa lagi anda tunggu? Masa untuk promosikan blog anda "Kaw-kaw". Sekurang-kurangnya sehari tinggalkan 15 jejak anda pada blog orang. ( Jejak = Link blog anda )

27) Buat Facebook fan page - Facebook fan pagelah yang akan memastikan trafik tetap setia bersama kita. Kalau boleh selalunya update status di fan page. Biarlah nampak hidup.

28) Tetapkan target - Apa target blog anda? Mesti ada kan?

Contoh target:
  • 1000 orang melanggan feedburner dalam 6 bulan
  • 500K alexa rank dalam 6 bulan
  • PR 2 dalam 6 bulan
  • 10,000 fan page like dalam 3 bulan
  • 100 entri di blog dalam 3 bulan
  • 2000 UV/Sehari
  • 5 minit/pelawat

29) Senaraikan langkah-langkah untuk capai target tersebut - Cuba target satu per satu. Kalau target semua sekali memang susah. Kalau saya, saya akan cuba target 100 entri di blog dahulu.

Nota: Tulis target pada papan visi. Rujuk nombor 8

30) Dah capai target? - Buat target baru.

31) Sit back and relax - Semua dah dapat apa yang anda nak. Sekarang masa untuk berehat. Berehatlah, nikmati semua usaha anda selama ini.

32) Sentiasa ikut formula M.E.S.T.I - Anda akan berjaya.

33) Berdoa dan bertawakal - Langkah yang terakhir. Kita cuma perlu berharap dan berdoa agar blog kita kekal berjaya. Bukan berjaya untuk kita tetapi, kita juga harus buat pembaca kita berjaya.


Itulah dia, 33 langkah nak buat blog yang berjaya.

Nak dengar saya bercerita? :D

Pada suatu hari, ada seorang manusia yang bernama Danny Iny. Beliau menyatakan Blogging bermaksud Writing.

Blogging = Writing

Ada juga seorang manusia, bernama Jon Morrow. Beliau berkata "Writing is business".

Blogging = Writing = Business

Jadi, blogging sebenarnya ialah melakukan bisnes.

Kalau nak berjaya dalam bisnes ialah obses dengan masalah. Bukan obses dengan masalah kita tetapi obses untuk menyelesaikan masalah orang.

Kesimpulannya, lagi banyak kita selesaikan masalah orang, lagi cepat bisnes kita berkembang.

Daripada Penulis

Bagaimana? Adakah panduan ini dapat membantu anda buat blog lebih berjaya?

Mungkin ya?

Mungkin tidak?

Kalau ya silalah share :)

Kalau tidak, silalah beri komen yang membina.

Saya juga tidak terlepas daripada buat silap. Harap tunjuk ajar daripada anda ;)


Sumber gambar daripada Free Digital Photos Follow my blog with Bloglovin

Epic Content
Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera kepada tetamu yang dihormati. Saya selalu menghadapi masalah bagaimana nak menghasilkan penulisan yang sangat hebat dan berkualiti. Adakah anda juga menghadapi masalah yang sama?

Mungkin ya

Mungkin tidak

Tapi, kenapa kita perlu menulis artikel yang sangat berkualiti?

Sebabnya ialah:
  • Dapat authoriti
  • Dapat duit
  • Dapat pembaca setia/pengaruh
  • Dapat trafik
  • Dapat segala-galanya....

Saya rasa anda faham betapa pentingnya artikel yang epik.
Apa dia??? Artikel Yang Epik?

Pertama kali dengan ke?

Baiklah

Artikel yang epik sebenarnya berasal daripada Bahasa English iaitu disebut sebagai Epic Content dan orang yang menciptanya ialah Uncle Corbett Barr.

Content bukan ke Kandungan?

Ye betul, tapi kandungan juga dibawah naungan artikel.

Content = Kandungan = Isi.

Kandungan terbahagi kepada pelbagai jenis iaitu?
  • Entry/Post/Articel
  • Podcast
  • Video
  • eBook
  • Dan sebagainya

Janji benda tersebut ialah komunikasi digital. Sesuatu yang ada isi dalam bentuk digital.

Epic content juga mempunyai ciri-ciri yang istimewa.

Ciri-ciri Epic Content ialah?
  • Content yang akan membuat orang berfikir
  • Memberi inspirasi
  • Menghasil nilai yang sangat hebat
  • Mengubah persepsi kehidupan
  • Akan membuat orang berasa kagum

Faham dan faham ke?

Sekarang, bagaimana kita nak menghasilkan epic content?? Itulah perbincangan kita pada entri kali ini. Tadi cuma intro. Selepas ini barulah cerita bagaimana nak menghasilkan epic content...

P,S: Kalau anda baca artikel ini sampai habis, ada bonus untuk anda :D


Kunci #1 - Perasaan Benci ini Sebenarnya Cinta

Mesti anda akan ingat lagu Yuna iaitu Yang Sebenarnya. Lagu tersebut telah memberi inspirasi kepada saya dalam entri kali ini. Jadi apakah dia?

Adakah,

Perasaan : anda terhadap menulis

Benci : atau menulis ini

Sebenarnya : anda sangat suka dan

Cinta : dengan menulis?

Pertama kali membuat entri sebegini. Sungguh unik sekali. Adakah anda suka dengan menulis atau susah sangat nak menulis?

Tepuk dada, tanya tangan.

Kalau kita nak berkarya dengan hebat kita mesti tahu adakah kita suka dengan perkara yang kita lakukan?

Tidak semua orang suka dengan menulis. Ada orang suka melukis tetapi ada orang tidak suka akan menulis, dan juga sebaliknya. Cari dan fahami diri anda dahulu. Perkara ini sangat penting untuk mengetahui apakah potensi diri anda yang sebenarnya...

Kalau ya? Jom baca dengan lebih dalam lagi.

Baca: Bagaimana Mengenal Diri dan Mengetahui Potensi Diri yang Sebenar?

Dah tahu apa yang anda suka maka lahirlah perasaan cinta terhadap penulisan. Tak kenal maka tak cinta :)


Kunci #2 - Untuk Siapa Anda Menulis?

Sebelum nak menghasilkan epic content anda perlu menjawab soalan ini. Soalan yang agak basi sebenarnya. Tapi soalan ini amat penting untuk kita menghasilkan epic content. Kalau kita nak tulis. Kita tulis untuk siapa?

Adakah kita menulis untuk blogger?

Adakah kita menulis untuk cikgu?

Adakah kita menulis untuk remaja?

Atau kita menulis untuk suka-suka?

Mestilah kita menulis untuk manusiakan? Yang mempunyai perasaan dan jiwa.

Tetapi kita harus kenali pembaca blog dengan lebih dalam:
  • Apa masalah mereka?
  • Apa yang mereka cari?
  • Apa yang mereka mahu dalam blog anda?
  • Adakah pembaca blog anda lelaki atau wanita?
  • Berapakah umur mereka?
  • Adakah mereka cikgu? Pelajar atau penganggur?

Cari dan kaji apakah tingkah-laku pembaca kita. Barulah kita boleh menghasilkan epic content.

Saya rasa... kebanyakan pembaca blog saya ialah cikgu. Anggaran umur 18-30 tahun. Lelaki.

Itu sahaja yang saya dapat. Mungkin anda akan dapat lebih lagi kalau anda kaji tingkah-laku mereka ;)

Kunci #3 - Format Yang Betul

Bila dah tahu untuk siapa kita menulis maka kunci yang seterusnya ialah menulis dengan menggunakan format + formula yang betul.

Secara ringkasnya:

Headline

        Pendahuluan
       
    Subheading
   
    CTA
   
Saya telahpun menulis bagaimana nak menghasilkan artikel online menggunakan format + formula yang betul di blog OMG! Hackers?.

Baca ye ;-)  Format + Formula Menulis Artikel Online


Kunci #4 - Jadi Diri Sendiri

Anda tidak perlu jadi Aaron Aziz untuk memikat hati wanita. Tetapi anda cuma perlu menjadi diri sendiri untuk menawan hati wanita idaman anda.

Betulkan?

Dalam penulisan anda perlu ada sentuhan peribadi. Barulah mereka merasakan entri tersebut hidup. Merasakan penulis tersebut sedang bercakap dengan pembaca.

Itulah kunci yang ke-4.

Pembaca ini seperti wanita, yang perlu melayan mereka dengan lemah lembut. Penuh dengan kasih sayang. Barulah mereka suka dengan penulisan dan seterusnya akan jatuh hati cuma dengan penulisan kita.

Hebatkan?

Setiap orang mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri. Jadi, selamilah jiwa anda. Cari apa yang membuatkan penulisan anda berbeza daripada orang lain.

Saintis pun dah kata. Setiap ibu jari manusia berbeza dan tidak sama langsung dengan yang lain. Anda juga begitu. Anda seorang penulis yang lain daripada yang lain. Cuma, selami jiwa bersama DR Fadzilah Kamsah ;)

Keunikan diri sendiri membuatkan anda susah nak dilupakan lalu kesan tersebut akan membuat orang sentiasa mengingati diri anda.


Kunci #5 - Elemen Emosi

Fakta:
90% akan menilai penulisan kita berdasarkan emosi yang selebihnya berdasarkan pengetahuan.

Sebab itu kenapa pelajar tidak suka membaca buku teks kerana tiada elemen emosi. Emosi adakah kuasa yang sangat kuat. Yang membolehkan seseorang sanggup membuat apa sahaja untuk kita.

Katakanlah, buku teks yang akan datang ada elemen emosi. Sudah tentunya pelajar suka membacanya. Dan persoalan kenapa remaja suka membaca novel berbanding dengan buku teks adalah buku teks tiada elemen emosi.

Emosi banyak mempengaruhi minda kita.

Nak contoh lagi?

Baiklah.

Wikipedia juga tiada elemen emosi. Betul-betul serupa macam buku teks. Skema dan tidak ada elemen emosi. Guru penulisan saya iaitu Rahul Kuntala tak suka pada Wikipedia disebabkan tidak ada sentuhan peribadi dan elemen emosi.

Baca: How to Create Compelling Copy that Even Your Cat Reads?

Bonus

Sepertimana saya katakan pada intro tadi. Saya janji akan bagi bonus kalau anda baca entri ini sampai habis. Maka, janji ditepati =)

Bonus ini

ialah

Bagaimana nak membuat pembaca tetap setia bersama anda?

Dengan menulis entri yang menyelesaikan masalah pembaca. Pembaca akan suka. Cari masalah pembaca dan selesaikan pada blog anda. Saya jamin 100% pembaca akan buat blog anda jadi facebook.

Jadi,

Banyak selesaikan masalah pembaca >> Dapat banyak pembaca setia >> Trafik meningkat >> Jualan meningkat.

Tapi bagaimana nak cari masalah pembaca? Anda cuma perlu cari masalahnya di facebook group atau di komen blog anda. Cari apakah masalah mereka. Dan selesaikan.

Nak senarai nak cari masalah pembaca? Ini dia:
  • Cari di Facebook Group
  • Cari di kotak komen blog anda
  • Cari di blog lain
  • Cari di forum
  • Cari di semua laman yang berkaitan.

Mudah dan senangkan? =)

Bonus tambahan

Senarai semak epic content(InfoGraphic)

Epic Content Checklist
Sumber

Daripada Penulis

Alhamdulillah, alhamdulillah, dan alhamdulillah. Pada beberapa hari yang lepas saya telah berjaya memikat hati blogger Cikgu Naman yang di mana blogger yang hebat di Malaysia.

Siapa yang tidak kenal Beliau? Dikagumi dengan sikap merendah dirinya. Dalam blog Beliau, Beliau ada membuat satu entri tentang saya. MasyaAllah, saya tidak tahu nak berkata apa. Sungguh baik Cikgu Naman. Hanya Allah SWT dapat balas balik jasa Beliau.

Saya harap hubungan saya dengan Cikgu Naman tetap kukuh dan sejahtera hingga ke akhir zaman...

Jadi, itulah dia. 5 kunci untuk menghasilkan penulisan terhebat sepanjang zaman.

Mari kita lihat balik apa yang kita bincangkan secara sepintas lalu:
  1. Minat
  2. Kepada siapa kita menulis
  3. Format yang betul
  4. Sentuhan peribadi iaitu unik
  5. Eleman emosi

Dan jangan lupa nak like, share, follow dan komen ye :D

+ Jangan lupa nak buat epic content dalam blog anda.


Sumber gambar daripada google images

Bagaimana nak mengatasi masalah blog yang berat

Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera kepada tetamu yang dihormati. Saya bermohon ampun dan maaf kerana sejak kebelakangan ini saya jarang update blog kerana menyiapkan Projek SSSL yang hebat belaka. *Maaf ya =)

Pernahkah anda mengalami masalah blog yang amat berat??

Blog yang berat mendatangkan banyak masalah bukan sahaja pada kita malahan pada pembaca blog juga.

Secara ringkasnya:

Blog yang berat seberatnya menyebatkan?
Loading lambat. Bila loading lambat menyebabkan?
Pembaca tidak suka dan lari. Bila pembaca lari?
Pembaca kitapun akan berkurangan. Bila pembaca blog kurang?
Maka, trafik blog menurun.

Huh..... memang teruklah kalau blog berat. Huhu, rugi betul kalau ada blog yang berat.

Jadi bagaimana nak mengatasi masalah ini? Bagaimana Ya Allah!!!

Hamba ingin cari jalan penyeleasaiannya.

Anda tidak perlu mencari jalan penyelesaiannya kerana dalam post kali ini hamba akan menerangankan bagaimana nak membuat blog menjadi lebih ringan dan pantas "luar biasanya".

Blog yang berat disebabkan 3 punca yang utama:

#1 - Gambar

Selalunya yang memberatkan blog kita ialah gambar. Gambar faktor yang paling utama daripada yang lain.

Berdasarkan pengalaman saya gambar yang berat selalunya berada di?
  • Post
  • Header
  • Background

#Post

Kalau post, anda perlu memastikan gambarnya tidak berat. Saiz gambar tersebut mestilah kurang daripada 50 KB untuk dalam post. Dan kalau nak letak lebih daripada satu gambar dalam post pastikan gambar tersebut tidaklah melebihi 300KB dalam post tersebut.

Faham ke? ;)

#Header

Blogger Malaysia selalunya blog mereka berat disebabkan Header. Memang tak boleh dinafikan. Masuk je blog Malaysia, tengok header memang berat. Kadang-kadang sampai 500KB untuk header sahaja. Huh.... berat-berat.

Nak letak header itu boleh tapi jangalan sampai 500KB, itu dah melampau beratnya. Pastikan bawah 300Kb atau 100Kb pun dah cukup. Guna format jpg, sebab jpg ringan. Tapi gambar tak cantik. Memey le.... nak cantik ke nak trafik? Anda yang tentukan.

#Background

Kadang-kadang saya terlihat ada juga orang sanggup letak gambar profil pada background blog. Sanggup dia nak jual mukanya. Aduh2.... Tapi kalau nak berbackground blog itu. Pastikan jangan melebihi 50KB. Lebih KO.

Ok. Cuba kira. Kalau blog XY ada background image = 50KB + post image 100KB + Header = 200KB

Jadi?

= 350KB untuk gambar sahaja? Berat juga.

Tapi, Itu belum lagi tambah iklan. Lagilah berat kaw-kaw blog dia. Selalunya iklan yang berbentuk GIF lah yang memberatkan blog. Sebab gambar yang berformat gif memerlukan saiz yang besar.

Ingat. Kalau nak pilih iklan itu pastikan yang ringan. Saya tahu anda ketagih duit tapi pembaca lebih penting daripad duit.

Sebab, kalau ada pembaca setia. Maka duitpun akan setia dengan kita ;)

#2 - Widget

Mesti anda perasan yang blog Danialde4 sudah tidak lagi memasang sosial button bar yang di atas.

Kenapa buang? Mestilah sebab berat.

Dan lagging. (Lagging? = sekat-sekat :p )

Sekarang anda lihat blog anda. Apakah widget yang penting dan kehendak? Tak tahu?
Takpe, hamba akan senaraikan apa widget yang penting-penting belaka.

Widget yang penting:

[+] Popular post - Penting kerana untuk memberi tahu kepada tetamu post apakah yang sedang top pada blog anda.
[+] Related post - Untuk membuatkan pembaca blog kekal lebih lama pada blog anda.
[+] Sosial share button - Memudahkan pembaca untuk berkongsi artikel di laman sosial.
[+] Kotak melanggan(subscribe) - Teramat penting. Untuk mendapatkan trafik yang tetap. Sebab setiap kali anda post artikel baru, secara automatik pembaca yang melanggan pada blog anda secara percuma dengan feedburner akan klik pada post yang baru sampai di dalam emel mereka.

Widget yang kehendak:

[+] Slide show image - Blog yang paling rugi. Sebab slide image widget tidak mendatangkan apa-apa faedah kecuali untuk kecantikan blog sahaja.
[+] Pop up - Facebook pop up atau pop up apa sahaja akan menyusahkan tetamu malahan crawlers tidak suka pop up.
[+] Lagu MP3 auto-play
[+]Third party comment system. Macam Intensedebate dan sebainya.

Nota: Saya guna Intensedebate kerana ada commentLuv yang memudahkan saya comment balik :)

#3 - Script

Scipt yang berat ialah script?

Iklan....

Lihat juga pada blog saya, mana ada iklan. Sebab iklan membuat blog berat. Hati-hati.

Tapi kalau nak guna juga?

Pastikan anda meletakkan script sebelum kod </body>

Kod </body> berada di bahagian akhir sekali pada Template.

Tapi.... kenapa nak letak script pada bahagian akhir template?

Kerana bagi blog loading dahulu, selepas itu barulah script. Sebab script tidak berapa penting sangat.

Nota: Bukan semua script akan berfungsi jika diletakkan pada bahagian akhir.

Sekarang, Lihat Berapa Ringan Blog Anda?

Nak lihat dimana?

Saya syorkan anda melihat di Google - PageSpeed Insights.

1) Masuk laman tadi
2) Letak kan URL blog anda pada kotak yang telah di sediakan
3) Tekan butang "ANALYZE" yang berwarna merah
4) Kongsikan markah anda pada komen dibawah :D

Apa macam? Berapa /100?(hehe....)

Mohon like dan share. Kerjasama anda amat dihargai.

Sumber gamber daripada Google Images

Kebenaran Pembaca Blog
Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera kepada tetamu yang dihormati :)

Anda juga seorang pembaca blog. Menggunakan carian untuk mencari maklumat atau ingin membuat kajian tentang topik tertentu. Selalunya apabila kita sebagai pembaca dan membaca blog tersebut dan tidak berpuas hati dengan cara penyampaiannya maka tanpa befikir panjang kita akan tekan button back atau pangkah pada browser.

Hal ini sering kali berlaku kerana penulis blog tidak kenal mahupun memahami pembaca blognya. Memahami pembaca blog amatlah penting untuk menjaminkan pembaca yang setia bersama kita.

Untuk artikel kali ini saya akan menerangkan secara teliti tentang 5 kebenaran pembaca blog ;)




Mereka Tidak Membaca

Iya ke?

Betul.

Memang terbukti setiap pembaca blog tidak membaca artikel tetapi hanya scan artikel. Cuma 10% daripada pembaca blog yang membaca sampai habis. Yang selebihnya(90%) hanyalah scan.

Kalau perkara ini terjadi kepada kita bagaimana nak menyelesaikannya?

Memang agak sukar nak mengatasinya. Tetapi kaedah yang paling senang ialah dengan memotong perenggan menjadi pendek.

Setiap perenggan mesti 3 atau 4 ayat sahaja. Tidak boleh lebih, boleh kurang. Kalau lebih? Akan menyebabkan mereka klik butang pangkah.


Mereka Nak Cepat

Andakah anda nak cepat mestilahkan? Sebab masa itu lebih bernilai daripada emas. Bukan sebab masa itu emas, tetapi masa itu lebih bernilai daripada emas.

Untuk pembaca blog yang macam itu. Kita boleh melayan kerenah mereka dengan membuat artikel kita dengan bullet points.

Maksud saya ialah dalam bentuk point.

Macam ini:

1) Mereka Tidak Membaca
2) Mereka Nak Cepat
3) Mereka dan sebagainya.

Bila pembaca jumpa artikel seperti di atas tadi. Maka nak tak nak mereka akan cuba juga untuk membacanya.

Kenapa mereka tetap akan membacanya?

Sebab list post ialah lain daripada yang lain. Ok, macam inilah. Anda cuba pandang pada tempat lain dahulu(jangan pandang pada screen komputer pula). Ok?

Dah pandang tempat lain.

Tunggu 5 saat

Lihat balik aritkel saya.

Apa yang anda nampak dahulu? List kan?

Betul tak? Dan mestilah ayat yang "besar punya" dahulu.


Mereka Tidak Suka Rojak

Bukan rojak makanan itu.

Tetapi,

Rojak disini bererti.

Bahasa Rojak = Bahasa campuran

Contoh: You tau tak yang you ni hensem dan kacak.

Bahasa rojak ini dia ada banyak campuran tetapi bahasa primernya ialah Bahasa Melayu yang dicampur dengan bahasa lain. Tidak kiralah English ke, Mandarin ke, Tamil ke atau sebagainya.

Asal boleh campur.

Kalau anda menggunakan Bahasa Rojak untuk menghasilkan artikel, jawabnya tidak lama. Tapi kalau menggunakan Bahasa Baku dan pandai menggunakannya. Maka pembaca akan tetap setia bersama anda.


Mereka Tidak Suka Shortform

Yang ini lagi bahaya. Lagi susah nak dikawalnya. Kita memang dah terbiasa menggunakan Shortform kerana SMS.

Ye la, kalau tulis SMS macam Bahasa Baku rugi le. Kalau tulis SMS shortform kan jimat kredit kita.

Tapi pada blog mana ada nak jimat kredit. Tulislah panjang-panjang. Tiada siapa nak melarang. Asalkan artikel yang kita tulis itu mudah faham dan bagus.


Mereka Bukan Cikgu BM

Bahagian yang ini agak kelakar sikit. Memang kadang-kadang pembaca blog kita ada yang cikgu BM.

Tapi, maksud saya disini mereka membaca tetapi tidak memperbetulkan kesalahan ayat kita. Kan kalau kita menulis karangan Cikgu BM akan membaca setiap satu persatu perkataan.

Malah Cikgu BM juga akan berusaha untuk memperbetulkan kesalahan yang anak muridnya lakukan.

Maka kita akan belajar daripada kesilapan.

Tapi pembaca tidak. Mereka bukan Cikgu BM. Mereka ialah pembaca yang nak cepat.


Dari Meja Penulis

Nak membuat hati pembaca jatuh hati pada penulisan kita amat sukar. Mereka selalunya lebih suka membaca sesuatu yang kemas dan selesa. Tidaklah berterabur, dan tidaklah perenggan yang panjang belaka.

Jadi, secara ringkasnya. Mereka ialah manusia yang ingin membaca sesuatu yang mudah difahami, ringkas dan bermanaat.

P.S: Kalau anda merasakan artikel ini bermanfaat untuk anda. Apa kata kongsikan bersama rakan anda. Kalau tidak memuaskan hati anda, tolong beri pendapat anda pada kotak komen ye =)

Wallahualam

  • December 04, 2012
  • MR.L.A
Asalamualaikum WBT dan selamat sejahtera kepada tetamu yang dihormati. Basmallah, Alhamdulillah, kesyukuran tidak terhingga. Akhirnya pos bersiri MTUC berkahir jua. Siri ini bertujuan untuk membantu anda membuat template blog menjadi lebih mesra carian dimana akan membuat blog anda akan mendominasikan carian seperti Google atau yang lain.

Dalam artikel ini cuma sekadar rumusana siri :)


MTUC: Kehebatan HTML5 Dan Cara Pemasang Dalam Theme Blogger

Secara ringkash HMLT 5 ialah HTML versi baru yang banyak keistimewaannya. HTML5 ini akan membuatkan blog anda selesa untuk membuatkan carian seperti Google menempatkan halaman artikel pada tempat yang pertama.

Cara Pemasangannya amat mudah dan senang. Anda cuma perlu.

Menukarkan kod yang sebegini(lebih kurang):

<!DOCTYPE html PUBLIC "-//W3C//DTD XHTML 1.0 Strict//EN" "http://www.w3.org/TR/xhtml1/DTD/xhtml1-strict.dtd">

Menjadi,

<!DOCTYPE html>

Pada HTML blog anda.

MTUC: Membuat Tajuk Halaman Blogger Mesra Carian

Tajuk memainkan peranan yang sangat penting dimana tajuk yang mesra carian(SEO) akan menempatkan keyword di hadapan manakala Nama Blog akan berada di belakang.

Untuk mengukuhkan lagi keyword yang berada pada tajuk saya juga telah pasang sekali meta keyword pada kod title ini:

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;index&quot;'>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
<meta expr:content='data:blog.pageTitle + &quot;, blogger, technology, blogspot, post, article, blog, blogging, wikipedia&quot;' name='keywords'/>
<b:else/>
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;error_page&quot;'>
<title>Page Not Found. 404 Page</title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<meta expr:content='data:blog.pageName + &quot;, blogger, technology, blogspot, post, article, blog, blogging, wikipedia&quot;' name='keywords'/>
</b:if>
</b:if>

Anda juga boleh mengubah perkataan:

Page Not Found. 404 Page

Ke kepada ayat yang anda mahukan.

MTUC: Memasang Meta Tags Pada Blogger Dengan Betul Dan Tepat

Meta tags?

Ialah coretan kod yang berada di dalam ko d <head> dan sebelum kod </head>

Meta tags ini banyak jenis sebenarnya. Tetapi kita cuma perlu guna meta tags descrption sahaja kerana meta description adalah meta yang penting daripada meta tags yang lain.

Bagaimana Nak Memasang Meta Description Pada Blog?

Anda cuma perlu ada kod:

<b:include data='blog' name='all-head-content'/>

Kalau dah ada, maka anda boleh pasang meta description pada blog dengan:

1) Pergi ke Blogger dashboard > "Settings" > "Search Preference"

2) Ok, anda akan lihat "Meta tags" pada page tersebut.

3) Jadi, pada bawah meta tags ada "Description".

4) Pada sebelahnya ada tick "Yes" "No"

5) Anda tick "Yes" Akan keluar satu kotak dan dalam kota itu tulislah blog anda tentang apa.

P.S: Kan pada bawah kota itu ada tulis sedikit ayat.

150 Characters Max. Example: "A blog about social networking and web design."

150 characters max = Tidak boleh melebihi 150 huruf + Space. Maca mana nak kira characters? Copy description anda dan paste pada laman wordcounter.net.

6) Klik "Save". Siap!

MTUC: Memahami Open Graph Protocol Dan Memasang Pada Blogger


Open Graph Protocol = Membolehkan mana-mana laman web untuk menjadi objek yang kaya dalam graf sosial

Kegunaan Open graph meta tags = Membolehkan anda kawal kandungan(content) yang anda nak tunjuk dalam laman facebook.

Memasang Open Graph Meta Tags Pada Blogger

Cari kod ini:

<b:include data='blog' name='all-head-content'/>

Dan gantikan kod diatas

<b:include data='blog' name='all-head-content'/>

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<meta content='article' property='og:type'/>
<meta expr:content='data:blog.title' property='og:site_name'/>
<meta expr:content='data:blog.pageName' property='og:title'/>
<b:if cond='data:blog.postImageThumbnailUrl'>
<meta expr:content='data:blog.postImageThumbnailUrl' property='og:image'/>
</b:if>
<b:else/>
<meta expr:content='data:blog.title' property='og:title'/>
<meta content='blog' property='og:type'/>
</b:if>
<meta expr:content='&quot;ms_MY&quot;' property='og:locale'/>
<meta expr:content='data:blog.canonicalUrl' property='og:url'/>
<b:if cond='data:blog.metaDescription != &quot;&quot;'>
<meta expr:content='data:blog.metaDescription' name='og:description'/>
</b:if>

MTUC: Rich Snippets - Revolusi Carian

Rich Snippets = Beberapa baris teks yang muncul di bawah setiap carian hasil direka untuk memberikan pengguna rasa(sense) untuk apa yang pada halaman dan mengapa ia adalah relevan kepada pertanyaan mereka.

Rich Snippets sebernarnya banyak kegunaanya tetapi Rich Snippets Review ialah pilihan blog yang paling diminati.

Terus Pasang Star Rating Review Dalam Carian

Ok, mula-mula anda pergi ke page Template dahulu.

Selepas itu anda cari kod ini:

<div class='post-footer'>

Bila dah jumpa kod di atas tadi, letakkan kod di bawah di atas kod tadi.

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<div itemscope='' itemtype='http://data-vocabulary.org/Review'>
<div style='display:none !important;'>
<span itemprop='itemreviewed'><span itemprop='description'><data:post.title/></span></span>
<span itemprop='reviewer'><data:post.author/></span>
Rating: <span itemprop='rating'>5</span>
<span itemprop="dtreviewed"><data:post.dateHeader/></span>
</div>
</div>
</b:if>

Dan Save :)

MTUC: Kenapa RDF Breadcrumb Tak Mesra Carian?

Anda tahukan breadcrumb itu apa? Tahu

Tapi apa bezanya RDF Breadcrumb dengan Breadcrumb biasa?

RDF Breadcrumb = Akan menyebabkan ranking page anda di dalam SERP menurun

Breadcrumb biasa = Tidak apa-apa kesan di dalam SERP malahan memudakan navigasi(navigation) di dalam blog.

MTUC: Mengoptimumkan Link Dalam Template Untuk Carian. Link Apa?

Ya nak mengoptimumkan link apa?

Link pada comment

rel='external nofollow'

Link pada label

rel='tag'

dan juga link pada widget archive

rel='archives'

Daripada Penulis

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Kesyukuran tidak terhingga kepada Allah SWT kerana dengan jayanya saya berjaya menghabiskan siri mengoptimumkan template untuk carian. Sebenarnya sudah lama saya menyinpan ilmu ini di dada. Memang ingin benar saya kongsikan bersama jutaan blogger di luarsana.

Mereka ingin membuat blog menjadi mesra carian. Jadi inilah jawapannya. Kesemua artikel ini ialah hasil titik peluh saya sendiri di depan komputer(tak berpeluluh pon :P).

Kalau anda ada apa-apa soalan nak ditanyakan, tanyalah disini. Saya dengan hati yang ikhlas akan berusaha membantu anda :)

Silalah

  • December 04, 2012
  • MR.L.A
Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera kepada tetamu yang dihormati dan dikasihi. Alhamdulillah, pos kali ini ialah tentang link di dalam blog. Link apa?

Itulah persolannya. Link apa?

Kenapa nak mengoptimumkan untuk carian?

Semua persolaan itu akan saya jawab di bawah nanti :)

Kenapa Perlu Menoptimumkan Link Di Dalam Blog?

Untuk meningkatkan ranking page anda di dalam SERP.

Itulah tujuannya. Kalau anda optimizekan link anda untuk SERP maka page post anda akan lebih tinggi.

Jadi,


SIRI: Mengoptimumkan Template Untuk Carian(MTUC) 2012

Episod-8:MTUC: Mengoptimumkan Link Dalam Template Untuk Carian. Link Apa?

Bagaimana Nak Mengoptimumkan Link Untuk Carian?

Mudah dan senang sahaja. Anda cuma perlu,

1) Pergi ke Blogger Dashboard. > "Template" > Klik "Edit HTML" > Klik "Expand Widget Templates"

2) Cari kod ini:

expr:href='data:post.createLinkUrl'

Nota: Klik CTRL+F untuk memudahkan anda mencari kod tersebut.

3) Dan anda gantikan kod di atas dengan kod di bawah:

rel='external nofollow' expr:href='data:post.createLinkUrl'

4) Sekarang anda cari kod ini pula:

<a expr:href='data:comment.authorUrl'

5) Gantikan dengan kod dibawah

<a expr:href='data:comment.authorUrl' rel='external nofollow'

Nota penting: Selalunya, anda akan jumpa kod seperti ini <a expr:href='data:comment.authorUrl' rel='nofollow' . Anda cuma perlu ubah seperti kod di atas tadi.

Apa yang telah anda buat?

Anda baru sahaja mengoptimumkan link pada comment form. (Backlink, author url)

Sambungan.

Mengotimumkan Link Pada Label

1) Cari kod:

<a expr:href='data:label.url'

2) Gantikan dengan kod dibawah

<a expr:href='data:label.url' rel='tag'

Mengoptimumkan Link Pada Archive

Kalau anda tidak menggunakan archive(arkib) widget dalam blog anda. Anda tidak perlu mengoptimumkannya. Sebab ianya tiada apa nak dioptimumkan.

1) Cari kod:

<a class='post-count-link' expr:href='data:i.url'>

2) Gantikan kod tadi dengan kod dibawah

<a rel="archives" class='post-count-link' expr:href='data:i.url'>

Penerangan

Setiap kod mempunyai maksud. Kalau anda nak tahu anda akan dapat. Tapi bahagian penerangan ini cuma info sahaja :)


NOFOLLOW

Anda selalu lihat maksud nofollow atau dofollow. Tapi apakah yang sebenarnya maksud nofollow ini?

"NOFOLLOW" menyediakan cara bagi webmaster untuk memberitahu enjin carian "Jangan ikut pautan di halaman ini" atau "Jangan ikuti pautan ini tertentu."
Di dalam blogger sudah meletakkan ciri nofollow ini.

Bagaimana Nak Membuat Link Tertentu Menjadi NOFOLLOW Dalam Blog Post?

Anda cuba tikkan pada "Add 'rel=nofollow' attribute"

Contoh:


External NOFOLLOW

 Kalau "external nofollow" apa pula kegunaanya?

Sama sahaja. Tetapi "external nofollow" ini lebih bagus daripada "nofollow".

Faham?

Daripada Penulis

Alhamdulillah, anda berjaya membuat blog anda kurang "crawl error". Kesemua ini bertujuan untuk membuatkan blog kita lebih tinggin ranking di dalam carian. Walaubagaimanapun, kesemu tutorial ini dikrediktkan kepada blog My Blogger Tricks yang lebih arif tentang perkara ini.

Kalau anda menghadapi sebarang masalah untuk membuat tutor ini, jangan segan atau malas nak berkomenter pada blog saya kerana blog saya ialah blog DOFOLLOW yang akan membuat crawlers masuk pada blog anda dan akhirnya membuat blog anda lebih tinggi di dalam carian.

Jangan lupa, LIKE - SHARE - COMMENT

  • December 02, 2012
  • MR.L.A
MTUC: Kenapa Breadcrumb Tak Mesra Carian?
Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera kepada tetamu yang dihormati. Breadcrumb merupakan widget kegemaran oleh para blogger. Tambahan pula breadcrumb ini juga digunakan dalam forum sepert carigold dan sebagainya.

Tetapi apakah itu breadcrumb?


SIRI: Mengoptimumkan Template Untuk Carian(MTUC) 2012

Episod-7: MTUC: Kenapa RDF Breadcrumb Tak Mesra Carian?


Definisi Dan Kegunaan Breadcrumb

Maksud Dari Segi Bahasa:

Breadcrumb menyediakan pautan kembali kepada laman pengguna sudah dikunjungi dalam susunan hierarki. Selalunya noktah bertindih (:) atau palang (/) atau pun tanda-tanda yang lebih besar daripada (>) digunakan sebagai pemisah hierarki.

( Hierarki = Kedudukan, tingkat, tangga, paras, struktur, skala, gred. )

Maksud Dari Segi Gambar Rajah:


Maksud Breacrumb

( lebih kurang begitulah, tapi kebanyakkannya orang akan edit breadcrumb menjadi lebih cantik dengan CSS )

RDF Breadcrumb? Bagus Ke?

( Jap2... rdf breadcrumb? apa benda 2? Ada beze ke dengan biasa dan yang rdf ni? )

Ye, memang ada perbezaan antara breadcrumb biasa dengan breadcrumb RDF ini.

Ok, untuk maklumat anda breadcrumb yang RDF ini ialah breadcrumb yang dapat mengubah link biasa anda dalam SERP menjadi sebegini (Lihat gambar dibawah)


RDF Breacrumb

Begitulah RDF Breadcrumb. Tapi Kalau blog yang menggunakan breadcrumb biasa pula bagaimana?

Breadcrumb Biasa


Breadcrumb Biasa

Sama juga kalau anda tidak menggunakan breacrumb dalam blog anda.

Bagaimana Nak Mengenal Pasti Blog Kita Menggunakan RDF Breadcrumb?

Senang sahaja.

1) Pergi ke Blogger Dashboard  > "Template" > Klik "Edit HTML" > Klik "Proceed" > Klik "Expand The Widget Templates"

2) Cari Kod ini

http://rdf.data-vocabulary.org/#

3) Kalau tak jumpa maksudnya blog anda tidak menggunakan RDF Breadcrumb. Tapi kalau jumpa maksudnya anda menggunakan RFD Bredcrumb.

Kembali kepada soalan asal.

Kenapa RDF Breadcrumb Tak Mesra Carian?

Versi Pendek:

Amat tak bagus

Versi Panjang:

Tak bagus kerana akan menyebabkan page anda di dalam SERP akan jatuh ke bawah.

Maksud saya ranking page anda dalam SERP akan jatuh ke bawah daripada ranking pertama.

( S = Soalan )

S: Oh, Ye Ke? Tipu la. Saya Tengok Orang Yang Guna RDF Breadcrumb Ini Lagi Tinggi Page Dia Dalam SERP

Terpulanglah kepada anda nak percaya atau tidak. Sebab benda ini Matt Cutts yang cakap dan saya tahu daripada blog My Blogger Tricks. Kalau masih enggak percaya sama saya. Terpulanglah. Saya bukan pakar SEO macam Matt Cutts iaitu Wembaster Google.

S: Oh. Ok-ok. Saya Percaya Sama Kamu. Jadi Bagaimana Nak Membuangnya?

Terus terang saya katakan. Susah nak membuangnya. Memang susah. Tapi saya rasa kalau anda cuba buang http://rdf.data-vocabulary.org/# mungkin boleh.

Munkin tak boleh.

S: Ok, Katakanlah Saya Dah Buang Kod RDF Breacrumb. Macam Mana Nak Tahu Yang RDF Breadcrumb Dah Tiada Dalam Blog Saya?

Senang. Anda cuma perlu pergi ke page:

1) Structured Data Testing Tool

2) Selepas sahaja anda sudah masuk anda akan lihat satu kotak yang dimana di dalam kotak tersebut ditulis:

www.example.com

3) Letak URL post anda dalam kota tersebut dan klik "PREVIEW"

4) Maka hasilnya akan keluar :)

Daripada Penulis

Alhamdulillah, Akhirnya anda berjaya memahami dan mempelajari RDF Breadcrumb ini walaupun isinya tidaklah seberapa hebat kalau nak dibandingkan dengan blogger-blogger diluarsana.

Sebenarnya saya nak meminta maaf kerana sejak kebelakangan ini saya jarang update blog. Harap anda dapat maafkan saya. Saya ingat boleh buat post sehari satu post. Tapi agak sukar sebenarnya.

Kalau anda merasakan post ini amat berguna untuk anda apa kata anda,

Klik like ataupun share di facebook. Boleh ke?

Kalau tak boleh dan tak faham bolehlah komen dibawah :)

Wallahualam

  • November 30, 2012
  • MR.L.A
Revolusi Carian
Kredit kepada Google Images
Assalamualaikum dan salam motivasi, salam kejayaan diucapkan buat semua para pembaca sekalian. Dalam pos kali ini saya akan menerangkan "Rich snippets" iaitu standard HTML yang terbaru (tak de la baru sangat, ianya dah ada pada; May 12, 2009 - Berdasarkan daripada laman Wikipedia).

Tetapi apakah dia si "Rich Snippets" ini?

Adakah ianya penting?

Ada manfaat ke "Rich Snippets" ini?

SIRI: Mengoptimumkan Template Untuk Carian(MTUC) 2012

Episod-6: MTUC:Rich Snippet - Revolusi Carian

Definisi "Rich Snippets"

Rich snippets dalam English. Agak kurang jelas maksudnya. Apa kata saya "Google translate it" menjadi Bahasa Melayu.

Rich = Kaya

Snippets = Coretan

Coretan? Apa itu? Lagi tak faham daripada English.

Maksud snippets itu ialah = Beberapa baris teks yang muncul di bawah setiap carian hasil direka untuk memberikan pengguna rasa(sense) untuk apa yang pada halaman dan mengapa ia adalah relevan kepada pertanyaan mereka.

Pun tak faham yang ini.

Lol... susahnya kan?

Untuk mudah faham beginilah ceritanya

Saya sedang mencari pada Google tentang mengenai "Tune Up".

Di situ ada banyak maksud Tune Up

Adakah Tune Up adalah sebuah perisian yang melajukan komputer?

Adakah Tune Up itu adalah sebuah tutorial untuk blog?

Adakah Tune Up itu adalah Game?

Jadi, untuk memudahkan pengguna dapat apa yang mereka cari. Maka, Google memperkenalkan Rich Snippets pada dunia :)

Adakah Ianya Penting Dalam Carian?

Penting. Tidak boleh dinafikan. Kalau anda ingin membuat sebuah laman tentang review. Anda boleh menggunakan review Rich Snippets yang akan memaparkan rating pada laman carian.

Ok, disini saya kena jelas satu perkara. Rich Snippets ini ada 3 format markup.

Antaranya ialah?

#1 - Microdata (recommended)

#2 - Microformats

#3 - RDFa

Sumber: http://support.google.com/webmasters/bin/answer.py?hl=en&answer=99170&topic=21997&ctx=topic

Jadi, nombor 1 ialah pilihan kita.

Kenapa pilih Microdata?

Kerana Microdata ialah salah satu format markup yang boleh digunakan dalam HTML5.

P.S: Ketahuilah maklumat lebih lanjut tentang Microdata pada laman Google Support

Tapi yang format markup yang lain boleh support HTML5 tak?

Itu saya tak pasti. Kerana saya bukanlah pakar lagi tentang Rich Snippets. Anda kena cari sendirilah kalau nak jawapan yang itu.

Sekarang Anda Ingin Memasang Star Rating Pada Blogger

Kalau anda nak tahu, saya telahpun membuat satu artikel tentang Star Rating ini pada laman OMG! Hackers? Tetapi tidak mengapa, saya akan buat juga tutorialnya disini

1) Pergi ke Blogger Dashboard > Template > Klik "Edit HTML" > Klik "Proceed" > Klik "Expand Widget Templates"

2) Cari kod di bawah

<div class='post-footer'>

Nota: Yang mula-mula sekali

3) Selepas sahaja anda dah jumpa kod di atas tadi, letakkan kod di bawah di atas kod #2

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<div itemscope='' itemtype='http://data-vocabulary.org/Review'>
<div style='display:none !important;'>
<span itemprop='itemreviewed'><span itemprop='description'><data:post.title/></span></span>
<span itemprop='reviewer'><data:post.author/></span>
Rating: <span itemprop='rating'>5</span>
<span itemprop="dtreviewed"><data:post.dateHeader/></span>
</div>
</div>
</b:if>


4) Klik "Preview" dulu.

5) Kalau tiada error SAVE N DONE!

Penerangan

Maksud = <b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'> dan </b:if>

Ialah: Star Rating hanya akan terpapar pada post page sahaja. Kalau nak paparkan pada semua page. Buang kedua-dua kod tersebut.

Maksud = <div itemscope='' itemtype='http://data-vocabulary.org/Review'>

Ialah: Format markutnya adalah Microformat.

Maksud = <div style='display:none !important;'>

Ialah: Kod nya tidak akan terpapar dalam blog anda, tetapi kodnya tetap berfungsi dalam carian.

Maksud = <span itemprop='itemreviewed'><span itemprop='description'><data:post.title/></span></span>

Ini bahagian yang best :)

itemreviewed: Apakah tajuk post anda?

description: Apakah description post anda?

Jawapannya dibalas dengan: <data:post.title/>

Disitu maksud <data:post.title/> ialah: Tajuk post anda.

Maksud = <span itemprop='reviewer'><data:post.author/></span>

Review: Siapakah yang meriew?

Jawapannya dibalas dengan: <data:post.author/>

<data:post.author/> ialah: Author yang me-riview.

Maksud = Rating: <span itemprop='rating'>5</span>

rating: Berapakah rating post tersebut?

Jawapannya dibalas dengan: 5

Anda boleh tukar 5 kepada nombor perpuluhan seperti ini: 4.9, 4.8, 4.7, 4.6 dan seterusnya kebawah. Tetapi anda tidak boleh meletakkan nombor melebihi 5, kurang tida mengapa.

Maksud = <span itemprop="dtreviewed"><data:post.dateHeader/></span>

dtreviewed: Bilakah tarikh post tersebut?

Jawapannya dibalas dengan: <data:post.dateHeader/>

<data:post.dateHeader/> ialah: Tarih post anda.

Mudahkan faham? Itulah ilmu blogger yang saya pelajari selama ini :)

Saya Sudah Pasang Star Rating Dalam Blog Saya, Bagaimana Saya Nak Pastikan Ianya Betul-betul Berfungsi?

Amat mudah.

Anda perlu pergi ke page > Structured Data Testing Tool

Bila dah masuk anda akan lihat satu kota yang tertulis; www.example.com

Dalam kota tersebut anda letaklah URL post anda.

Klik "PREVIEW"

Dan lihat hasilnya bagaimana =)

Contoh sahabat saya punya:

Contoh Star Rating
Klik Untuk Gambaran Jelas


Saranan

Ramai orang tersalah tafsir tentang Star Rating ini. Kalau anda menggunakan Star Rating ini dalam blog peribadi maka anda sedang me-riview kan post peribadi anda. Saranan saya ialah jangan salah guna Rich Snippet ini kerana salah guna kod ini mungkin menyebabkan blog anda kecundang.

Star Rating ini sesuai untuk blog macam:
  • Gagdets
  • Makanan/Masakan
  • Produk review seperti barangan digital, pakaian dan sebagainya.

Daripada Penulis

Alhamdulillah, kesyukuran tidak terhingga kepada Allah SWT kerana ilmu yang diberi kepadaku akhir dapat dikongsikan bersama rakyat Malaysia yang baik-baik belaka(ini satu doa).

Secara ringkasnya, Rich Snippets memang teramat penting dalam carian. Memang penting. Google telah membuat satu pelaburan yang agak besar bagi saya tentang Rich Snippets ini. Oleh kerana pelaburan Google buat. Akhirnya ia akan membuat Google salah satu carian yang paling dipercayai kerana membuat Rich Snippets ini.

Kalau anda merasakan tutorial ini amat susah. Anda amat di alu-alukan untuk komen dibawah yang tersedia. Anda adalah penting bagi saya. Tolonglah, saya meminta tolong kepada anda untuk kongsikan artikel ini dalam laman facebook mahupun sekadar like sahaja pun sudah cukup :)

Terima kasih kerana kesudian anda kongsikan artikel ini dalam laman sosial :D

P.S: Saya memohon maaf sekiranya saya terlambat membuat pos ini. Selalunya saya membuat pos pagi, tapi disebabkan hari ini hari Sabtu terlambat sikit. Bukan hari kerja. Kalau hari kerja awal sikit. (hehehe... )

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Translate

Popular Posts