• November 23, 2012
  • MR.L.A
Apakah itu maksud SEO?


Ramai rakan  tanya kami apakah itu/maksud  SEO ini?

Adakah ianya penting atau tidak atau sekadar sesuatu yang merumitkan keadaaan?

SEO sebenarnya samat penting sekali. Ianya Teramat penting untuk mendominasikan carian anda di carian google.

Kita guna carian untuk mencari maklumat dah informasi. Tetapi blog kita sudah ada informasi tersebut tetapi tidak ada dalam carian.

Maksudnya blog anda belum di optimizekan lagi untuk search engine.

So, apakah si dia SEO ini?

Maksud SEO

S-E-O Bermaksud?

S = Search (Cari)

E = Engine (Enjin)

O = Optimization (Mengoptimumkan)

Jadi,

bila digabungkan menjadi?

"Search engine optimzation"

atau di dalam Bahasa Melayu di panggil

"Mengoptimumkan untuk carian"

Itulah dia SEO.

Jap2, nak mengoptimumkan apa untuk carian?

That's good question.

Itulah yang kami perlu terangkan. Kita nak optimize apa untuk carian?

Jawapannya = Mestilah blog kita.

Tapi sebelum itu kami nak bagi satu contoh dulu.

Ok, macam ni lah.

Kami bagi satu contoh situasi berikut.

Ada dua buah blog. Satu blog Mat Coll  dan satu lagi blog Mat Sempoi.

Blog Mat Coll dan blog Mat Sempoi ialah sebuah blog tentang Hand phone Nokia.

Kedua-dua blog ialah blog yang sama kategorinya. Iaitu tentang hand phone. Kedua-dua blog tersebut dah submit sitemap dalam carian Google dan Bing.

Ada seorang Mat Phine ni. Dia nak cari info tentang hand phone nokia 5800 XpressMusic. Dia search la pada laman google macam ni.

nokia xpressmusic 5800

Keluar banyak result. (Ok, i nak tanya. Lepas kita search kat google dan dia akan keluar satu result page.

Apa nama Page itu?

Nama page itu ialah "Search Engine Result Page" atau dalam singkatannya ialah "SERP" atau "SERPs")

Jadi, Blog Mat Sempoi dapat tempat pertama dalam SERP dan Blog Mat Coll dapat tempat ke-2.

Yang Mat Phine pon klik pada blog Mat Sempoi .

Untung la blog Mat Sempoi  sebab dapat tempat yang pertama dalam SERP.

Persoalannya ialah. Kenapa Blog Mat Sempoi  dapat tempat yang PERTAMA dan blog Klye dapat tempat yang KEDUA?

Adakah google saja je letak blog Mat Sempoi  tempat pertama? Mestilah tidak.

Jadi, bagaimana google tahu blog Mat Sempoi  lebih bagus.

Jawapannya. Blog Mat Sempoi  dah mengoptimumkan untuk carian.

Persoalannya datang lagi. Bagaimana kita nak mengoptimumkan blog kita untuk carian?

Ha. Nak tahu lebih dalam? Menarik cerita SEO ini? Kita akan lihat episod sambungannya nanti. Insya Allah :)

Saya hanya dapat huraikam setakat ini saja berkenaan dengan rahsia nama SEO.

Semoga anda bol;eh lah faham sikit yer.



Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Translate

Popular Posts